Berikut sedutan daripada pengisytiharan oleh remaja ditahan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD), yang mahu dikeluarkan sebelum serangan yang dirancang:
“Tanah Singapura yang dicintai telah menjadi medan pertempuran, dirobek oleh kuasa penindasan dan kezaliman.
Masanya telah tiba untuk kita bangkit dan menuntut semula apa yang menjadi hak kita.
Sudah terlalu lama, kita telah menanggung penindasan, tertakluk kepada hawa nafsu kezaliman yang berusaha memadamkan cahaya Islam dari kita.
Tetapi saya berkata kepada anda, saudara-saudari, bahawa masanya untuk bersabar dan kekal cekal telah berakhir.
Sudah tiba masanya untuk kita mengangkat senjata dan mempertahankan kepercayaan kita, kehormatan kita dan tanah air kita.
Hari ini, saya mengisytiharkan jihad, perjuangan suci menentang kuasa kezaliman dan ketidakadilan yang ingin menindas kita.
Kita akan berjuang dengan keberanian dan keazaman, kerana kita tahu bahawa kemenangan dijamin kepada mereka yang tetap teguh dalam iman dan perjuangan mereka.
Maklumkanlah kepada semua yang menentang kita bahawa kita tidak akan berehat sehingga bendera Islam berkibar tinggi di setiap inci bumi yang tercinta ini.
Tetapi perjuangan kita tidak berakhir di sempadan Singapura. Saya menyeru saudara-saudara Islam di negara sekitar untuk menyahut seruan jihad dan datang membantu.”


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg