Topik diikuti
Pergi ke BHkuPengorbanan dalam mendidik dan menuntut ilmu
Pengorbanan dalam mendidik dan menuntut ilmu
Pengorbanan dalam mendidik dan menuntut ilmu
Di sebalik kejayaan pelajar, terserlah pengorbanan besar seorang pendidik yang mencurahkan sepenuh jiwanya dalam membimbing generasi akan datang.
Bagi seorang lulusan Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Ustaz Ahmad Zahid Fauzan, yang kini berkhidmat sebagai guru di madrasah tersebut, tugas mendidik bukan menuntut masa dan tenaga sahaja, malah pengorbanan emosi dan keikhlasan berterusan.
Komitmen beliau mencerminkan semangat seorang pendidik yang sentiasa berusaha membentuk peribadi dan masa depan pelajar dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.
Ustaz Zahid, seorang lulusan Universiti Al-Azhar dalam jurusan Syariah, turut mencatat kecemerlangan sebagai pelajar terbaik bidang Metodologi Pengajaran Islam dalam Masyarakat Kontemporari di bawah program Sijil Pos Siswazah Islam (PCICS).
“Pengorbanan seorang asatizah melibatkan masa, tenaga dan emosi. Mendidik bukan sekadar di dalam kelas, bahkan membimbing pelajar dengan penuh kesabaran dan keikhlasan. Kejayaan sebenar seorang guru ialah apabila beliau melihat pelajarnya berjaya,” kata Ustaz Zahid.
Dalam realiti tugasnya itu, masa peribadi sering diketepikan demi memastikan pelajar beliau mendapat bimbingan terbaik.
“Sering masa peribadi perlu dikorbankan untuk menyediakan bahan pengajaran berkesan dan membimbing pelajar di luar waktu rasmi, bukan untuk kecemerlangan akademik sahaja, bahkan pembentukan akhlak dan sahsiah,” ujar beliau.
Bagi Ustaz Zahid, semua itu adalah amanah yang dipikul dan harus dilaksana.
Beliau menambah: “Pengorbanan ini bukan sesuatu yang luar biasa, tetapi satu tanggungjawab. Ia membentuk diri saya menjadi lebih bersabar, empati dan berfikiran terbuka.”
Ustaz Zahid juga berpegang pada prinsip bahawa ilmu hanya diperoleh melalui kesungguhan dan pengorbanan, dan sentiasa mengingatkan dirinya bahawa “keikhlasan adalah kunci keberkatan dalam setiap usaha”.
Bagi pelajar pula, beliau berpesan supaya mereka terus istiqamah dalam menuntut ilmu kerana kejayaan lahir daripada usaha berterusan.
“Menjelang Zulhijah ini, kisah Nabi Ismail as mengingatkan kita tentang makna pengorbanan yang menjadi simbol ketaatan dan keikhlasan. Justeru, marilah kita sama-sama menghidupkan semangat mulia ini melalui ibadah korban.
“Sertailah ibadah korban bersama Madrasah Aljunied, semoga setiap ibadah kita diterima dan diberkati Allah swt,” ujar beliau.
IBADAH KORBAN BERSAMA MADRASAH ALJUNIED AL-ISLAMIAH:
Untuk maklumat lanjut, lungsuri laman https://www.aljunied.edu.sg/ atau hubungi talian 6391-5970.
