Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengundi tunggal di SMC Tampines Changkat diberi nasihat kerana guna alamat lama

Jun 3, 2025 | 4:31 PM
ICA, SMC Tampines Changkat
Seorang lelaki yang sebelum ini mendaftarkan alamat tempat tinggalnya di kawasan perindustrian di Tampines pada 2020 telah diberi nasihat lisan selepas siasatan oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA). - Foto ST

Seorang lelaki yang merupakan satu-satunya pengundi berdaftar di sebuah daerah mengundi SMC Tampines Changkat diberi nasihat lisan kerana tidak mengemas kini alamatnya seperti diwajibkan oleh undang-undang.

Sebelum ini, beliau telah mendaftarkan alamat premis perniagaannya di kawasan perindustrian di Tampines sebagai alamat tempat tinggal, tetapi kini, maklumat itu telah dikemas kini.

Dalam satu kenyataan bersama pada 3 Jun, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Jabatan Pilihan Raya (ELD) memaklumkan lelaki tersebut mendaftarkan alamat perniagaannya sebagai tempat tinggal pada 2020 kerana beliau menetap sementara di sana pada waktu itu, lapor The Straits Times (ST).

Namun selepas berpindah ke kediaman baru pada 2022, beliau tidak mengemas kini alamatnya dalam tempoh 28 hari seperti yang diwajibkan.

Hasil siasatan ICA tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan niat jahat atau unsur jenayah.

Memandangkan ini merupakan kesalahan pertama di bawah Akta Pendaftaran Kebangsaan, pihak berkuasa memutuskan untuk memberi nasihat lisan sahaja.

Alamat terkini lelaki itu akan dikemas kini dalam Daftar Pengundi apabila ia disemak semula pada masa akan datang.

Kes ini menjadi tumpuan selepas Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC) mengeluarkan laporannya pada 11 Mac, menjelang Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025), yang berlangsung pada 3 Mei. 

Laporan itu, berdasarkan Daftar Pengundi sementara bertarikh 1 Februari, menunjukkan hanya seorang pengundi berdaftar disenaraikan di daerah mengundi East Coast 42 dalam kawasan SMC Tampines Changkat yang baru.

Namun, semakan oleh ST mendapati tiada kediaman sah di kawasan itu pada waktu tersebut kerana ia hanya merangkumi empat projek perumahan Flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang masih dalam pembinaan dan satu kawasan perindustrian. 

Keadaan luar biasa ini menimbulkan persoalan tentang siapa individu berkenaan dan bagaimana beliau berjaya mendaftarkan alamat di kawasan tersebut.

Menurut laporan AsiaOne, lelaki itu ialah pemilik perniagaan berusia 53 tahun, yang hanya dikenali dengan nama Encik Yeo, yang menukar alamat tempat tinggalnya ke unit perniagaannya di Tampines Industrial Park A, walaupun beliau tidak menetap di situ.

Di bawah Akta Pendaftaran Kebangsaan, semua pemegang kad pengenalan diwajibkan melaporkan perubahan alamat dalam tempoh 28 hari selepas berpindah ke tempat tinggal baru, sama ada di dalam atau luar negara. 

Perubahan alamat boleh dilakukan secara dalam talian melalui e-perkhidmatan ICA.

Mereka yang gagal mengemas kini alamat atau memberikan maklumat palsu boleh dikenakan denda sehingga $5,000 dan penjara sehingga lima tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg