Seorang lelaki didakwa menipu empat orang untuk memindahkan $348,000 secara keseluruhan ke akaun bank peribadinya, dan cuba menipu dua orang lain sebanyak $240,000.
Pang Yu Heng, 27 tahun, yang merupakan pengurus perancangan harta ketika melakukan kesalahan itu, didakwa pada 5 September lepas atas empat pertuduhan menipu dan dua pertuduhan cuba menipu.
Warga Singapura itu dituduh menipu setiap empat mangsa antara $24,000 dengan $190,000.
Polis berkata dalam satu kenyataan pada 4 September bahawa Pang didakwa mempromosikan produk simpanan tetap yang direkanya kepada pelanggan, yang menjanjikan kadar faedah yang tinggi. Pada Jun 2023, pegawai polis menerima laporan daripada bank tempatan yang tidak dinamakan mengenai dakwaan kesalahannya.
Dia dituduh menipu mangsa pertamanya sebanyak $74,000 sebanyak dua kali antara awal Mac dengan 11 April 2022.
Pada sekitar 15 Mac 2022 hingga 1 Mac 2023, dia didakwa menggunakan kaedah serupa untuk menipu tiga orang lain.
Selain itu, dia dikatakan cuba tetapi gagal menipu dua orang lagi berjumlah $240,000 pada Januari dan Mac 2023.
Dia dijangka mengaku bersalah pada 17 Oktober 2024.
Bagi setiap pertuduhan menipu, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg