Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penjawat awam yang layak akan terima $500 bagi jaga kesejahteraan

Bagi kegunaan kesihatan, pertumbuhan individu; faedah perubatan dan pergigian turut dipertingkat
Jul 10, 2024 | 8:14 PM
Selain faedah tahunan yang dipanggil FlexiGrow ini, Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) juga akan menaikkan faedah perubatan dan pergigian untuk semua pegawai awam mulai 1 Jan 2025.
Selain faedah tahunan yang dipanggil FlexiGrow ini, Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) juga akan menaikkan faedah perubatan dan pergigian untuk semua pegawai awam mulai 1 Jan 2025. - Foto ST

Mulai Oktober 2024, penjawat awam yang layak akan menerima $500 setiap tahun yang boleh mereka gunakan untuk menyokong kesihatan, kesejahteraan dan pertumbuhan individu mereka.

Selain faedah tahunan yang dipanggil FlexiGrow ini, Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) juga akan menaikkan faedah perubatan dan pergigian untuk semua pegawai awam mulai 1 Januari 2025.

Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa subsidi perubatan penjawat awam di klinik swasta akan meningkat daripada $20 kepada sehingga $50 setiap lawatan, manakala subsidi pergigian akan meningkat daripada $120 kepada sehingga $250 setahun.

Mengumumkan demikian pada 10 Julai, pada perasmian Minggu Perkhidmatan Awam di ITE College Central, Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, berkata beroperasi dalam persekitaran yang terus berubah boleh meresahkan, malah meletihkan kakitangan awam.

“Kami mempunyai pepatah di MOE (Kementerian Pendidikan) dan dalam perkhidmatan awam: Anda semua curahkan isi hati anda untuk berkhidmat, tetapi anda tidak boleh terus curahkan hati anda untuk berkhidmat jika anda tidak berkembang, jika anda tidak dijaga,” kata Encik Chan, yang juga Menteri Pendidikan.

“Kita perlu menjaga diri kita sendiri. Kita perlu menjaga satu sama lain dalam perjalanan yang panjang ini, dan inilah komitmen perkhidmatan awam kita.”

FlexiGrow bertujuan memperkasa pegawai perkhidmatan awam agar menjaga kesejahteraan dan pertumbuhan jangka panjang mereka, berdasarkan keperluan mereka yang pelbagai, manakala faedah perubatan dan pergigian dipertingkatkan untuk menyokong kesihatan pegawai awam dengan lebih baik, katanya.

Dalam satu kenyataan, PSD berkata pegawai boleh menggunakan faedah FlexiGrow mereka secara fleksibel, berdasarkan keperluan mereka sendiri, seperti kursus untuk pembangunan peribadi dan program kecergasan.

Jurucakap PSD memberitahu ST: “Hasrat kami, kebanyakan pegawai boleh mendapat manfaat daripada FlexiGrow.”

PSD juga berkata bahawa faedah perubatan dan pergigian telah dipertingkatkan “selepas berunding rapat dengan kesatuan sekerja”, termasuk kepada pegawai yang bekerja semula dan kakitangan lembaga berkanun juga.

PSD berharap para pegawai dapat mengurus kesihatan mereka secara proaktif, selaras dengan tumpuan nasional terhadap penjagaan pencegahan, katanya.

Ini adalah tambahan kepada langkah perkhidmatan awam yang menambah umur persaraan pegawai kepada 64 tahun, dan pengambilan semula pekerja hingga umur 69 tahun mulai 1 Julai 2025, satu tahun lebih awal daripada jadual kebangsaan.

Langkah itu mengiktiraf bahawa dengan jangka hayat yang lebih lama, ramai pegawai yang lebih berusia mungkin mahu kekal aktif, termasuk terlibat secara bermakna di tempat kerja bagi tempoh lebih lama, kata Encik Chan dalam ucapannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg