Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Penolong pengarah kanan di Muis dilantik CEO baru RLAF

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penolong pengarah kanan di Muis dilantik CEO baru RLAF

Apr 30, 2024 | 04:27 PM



Encik Adnan Abdul Hamid akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) pada 1 Mei.

Beliau akan menggantikan CEO semasa, Encik Muhammad Faizal Othman, pada 1 Ogos, kata RLAF dalam satu kenyataan pada 30 April.

Encik Adnan kini bertugas sebagai penolong pengarah kanan di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), yang mengawasi kerjasama dalam sektor masjid, dan mempunyai pengalaman luas menerusi penglibatannya dalam masyarakat.

Mengenai pelantikan barunya, Encik Adnan berkata beliau berbesar hati diberi peluang berkhidmat dengan badan yang begitu bersemangat dan komited untuk membuat perubahan ketara dalam kehidupan individu dan masyarakat.

“Sedang saya menggalas peranan ini, saya dipenuhi rasa teruja. Saya tidak sabar untuk bekerja bersama-sama pasukan RLAF kami dan terus bekerjasama dengan anggota masyarakat dan rakan kongsi kami, untuk memacu perubahan bermakna di tanah air dan masyarakat di luar negara,” kata Encik Adnan.

Sejak 2022, Encik Adnan adalah pengerusi bersama Pergerakan SalamSG, yang memberi tumpuan kepada menghidupkan dan menyegarkan semula persekitaran masjid pasca-Covid-19.

Beliau turut memainkan peranan penting melaksanakan Bidang Fokus 2 M Kuasa Tiga (M³) dengan mewujudkan dan membimbing program Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah), yang memberi bantuan kepada banduan dan keluarga mereka.

RLAF turut menzahirkan penghargaan kepada Encik Faizal dalam usahanya memperkukuh pertubuhan itu dan sumbangan berharganya kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Encik Faizal menggalas jawatan CEO RLAF selama lebih tiga tahun sejak Disember 2020. 

Antara sumbangannya adalah menerajui beberapa usaha pengumpulan dana, termasuk kempen kemanusiaan mengutip derma untuk Gaza pada 2023 dan 2024, yang meraih pungutan $10 juta. 

Encik Faizal juga telah mengendalikan inisiatif tempatan seperti projek, ‘Blessings-to-All’, yang diadakan setiap tahun semasa Ramadan dan program ‘Digital Transformation for All’ untuk warga emas dan pelajar.

“Kami doakan kejayaan Encik Faizal dalam segala usahanya di masa hadapan. RLAF juga berbesar hati untuk mengucapkan tahniah kepada Encik Adnan atas pelantikannya sebagai CEO baru,” kata RLAF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >