Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

RLAF kumpul dana bagi mangsa Gaza

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RLAF kumpul dana bagi mangsa Gaza

Mar 19, 2024 | 04:51 PM



Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) akan menganjurkan rayuan bagi mengumpul derma mulai 20 Mac.

Dana itu bertujuan menyalurkan bantuan bagi memenuhi keperluan kesihatan, menyediakan khidmat penting dan tempat perlindungan bagi penduduk Palestin yang menjadi mangsa serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober.

Dalam kenyataan pada 19 Mac, RLAF menyatakan ia menerima permit untuk menjalankan usaha pengumpulan derma daripada Pesuruhjaya Pertubuhan Amal (COC).

Pengumpulan derma itu akan berlangsung sehingga 26 Mac.

Orang ramai boleh menderma menerusi kaedah digital di laman giving.sg, PayNow, pemindahan wang menerusi bank, atau mengirim cek kepada RLAF, atau Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Semua masjid tempatan juga akan terlibat dalam pengumpulan derma itu dengan menyediakan tabung khusus ‘Ramadan Appeal for Gaza’ mulai 22 Mac.

Menurut RLAF, semua dana yang dikumpul akan disalurkan melalui Unicef yang telah beroperasi di Gaza.

Yayasan itu menyatakan: “Kami sangat bersimpati terhadap mangsa krisis kemanusiaan ini dan keluarga mereka.”

Peristiwa di Gaza telah mengakibatkan kecederaan tragik, kehilangan nyawa orang yang tidak bersalah dan kerosakan kepada prasarana penting yang meluas.

Sehingga kini, sekitar 1.7 juta orang, lebih separuh daripada keseluruhan penduduk Gaza, telah dipindahkan, tambah RLAF.

Kanak-kanak di Gaza menghadapi kesan penyakit dan kekurangan zat makanan yang boleh membawa maut akibat akses terhad kepada air bersih, makanan, dan sanitasi.

Sejak pertengahan Oktober 2023, lebih 152,000 kes cirit-birit dilaporkan, dengan lebih separuh daripadanya menjejas kanak-kanak.

Lebih 90 peratus kanak-kanak berumur enam hingga 23 bulan mengalami kekurangan makanan yang teruk.

Isu kekurangan makanan kekal di tahap kritikal.

Kekurangan air yang selamat diminum, air yang tidak mencukupi untuk memasak dan sanitasi, memburukkan lagi kekurangan zat makanan.

Secara purata, isi rumah yang ditinjau mempunyai akses kepada kurang daripada seliter air selamat bagi setiap orang setiap hari.

Ini sekali gus menekankan keperluan bagi bantuan mendesak dalam menangani krisis kemanusiaan.

Butiran untuk menderma adalah seperti berikut:

[ο] PayNow ke RLAF menerusi nombor UEN 200910530ZRLA dan nyatakan ‘GAZA2024’ di bawah kenyataan.

[ο] Laman giving.sg/donate/campaign/Gaza2024.

[ο] Pemindahan bank ke akaun OCBC Current: 601313315001.

[ο] Hantar cek kepada RLAF dengan menulis nama penderma, nombor kontak serta ‘GAZA2024’ ke alamat RLAF, Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapura 737740 atau Muis, 273 Braddell Road, Singapura 579702.

RLAF berkata sejajar dengan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras), derma tersebut tidak boleh mendapat pelepasan cukai kerana ia adalah bagi “tujuan amal luar negara”.

Pengumpulan dana itu merupakan pusingan kedua.

Pusingan pertama pengumpulan dana telah diadakan dari 19 Oktober hingga 17 November 2023, dengan kerjasama Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Ia berjaya mengumpulkan $8,114,422.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >