Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

RLAF kumpul lagi $2j untuk Gaza; jumlah keseluruhan kini $10j

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RLAF kumpul lagi $2j untuk Gaza; jumlah keseluruhan kini $10j

Masagos: Semangat masyarakat sebar kesejahteraan kepada bukan Islam, malah hingga ke luar negara boleh dibanggakan
Apr 10, 2024 | 10:40 AM



Sebanyak $2 juta lagi berjaya dikumpulkan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) menerusi usaha pengumpulan dana untuk misi bantuan kemanusiaan di Gaza yang dijalankan ketika Ramadan lalu dari 20 hingga 26 Mac.

Daripada jumlah tersebut, sekitar $400,000 merupakan sumbangan daripada jemaah setempat menerusi tabung khusus Ramadan Appeal for Gaza yang diletakkan di masjid-masjid sekitar Singapura ketika solat Jumaat pada 22 Mac.


Secara keseluruhan, sebanyak $10 juta telah berjaya dikumpulkan badan amal kemanusiaan itu sepanjang ia menjalankan usaha itu sejak Oktober 2023.

Demikian dikongsikan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, selepas menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Omar Kampong Melaka yang terletak di 10 Keng Cheow Street pada 10 April.

“Inilah semangat yang kami banggakan di Singapura di mana kita selalu menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan menyebarkannya juga kepada masyarakat yang bukan Islam.

“Dalam hal ini, kita juga menyebarkan rahmat sampai ke luar negara dengan menyumbangkan dana untuk mereka yang menjadi mangsa dalam konflik Gaza,” kata beliau.

RLAF telah bekerjasama dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) untuk menganjurkan rayuan bagi mengumpul derma tambahan pada Mac bagi membantu keluarga dan kanak-kanak yang terjejas akibat perang di Gaza yang telah membunuh lebih 33,000 orang di Gaza dan meninggalkan jutaan yang lain di ambang kebuluran ekoran kekurangan makanan dan air minuman.

Sebelum ini, ia telah mengumpul sejumlah $8.1 juta dari Oktober hingga November 2023 dan hasil kutipan itu telah disalurkan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) dalam dua majlis penyampaian cek berasingan.

RLAF telah menyerahkan cek berjumlah $2 juta berkat sumbangan warga Singapura kepada UNRWA pada November 2023 bagi menyokong usaha kemanusiaan bagi mangsa Gaza sejak perang Israel-Hamas bermula pada 7 Oktober 2023.

Sebanyak $6.1 juta lagi telah diserahkan kepada pertubuhan antarabangsa itu pada Mac 2024 di Jordan untuk memastikan keperluan dapat segera disampaikan kepada mangsa perang Gaza itu.

Semangat tersebut, menurut Encik Masagos sejajar dengan apa yang telah disampaikan oleh Mufti, Dr Nazirudin Mohd Nasir, ketika menyampaikan khutbah solat Aidilfitri.

“Dalam khutbah itu kita diingatkan untuk menjadi masyarakat yang yakin, berdaya tahan, perkasa dan bukan hanya untuk masyarakat dan negara kita, tetapi kita juga sanggup bantu sampai sejauh mana yang memerlukan bantuan dari kita,” ujarnya lagi.

Di dalam khutbah beliau, Dr Nazirudin turut berkata meskipun masyarakat terus diuji dengan cabaran, mereka dinasihatkan supaya terus mengharungi kehidupan dengan penuh keimanan, keyakinan dan ketabahan.

Dalam khutbah yang bertajuk Memupuk Kehidupan Beragama Yakin dan Berdaya Tahan, beliau turut mengingatkan sekitar 700 para jemaah yang hadir bahawa pergolakan yang melanda di dunia kini memerlukan masyarakat untuk lebih memperbaiki dan bermuhasabah diri.


“Ia menegaskan komitmen kita untuk mempertingkatkan lagi diri dan masyarakat. Semakin hebat cabaran dan suasana, semakin bertambah persiapan dan usaha kita memperkukuhkan diri dan masyarakat,” kata Dr Nazirudin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >