Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penularan mpox: Langkah pencegahan dilaksana di lapangan terbang Changi dan Seletar, pusat pemeriksaan laut

Anak kapal, pelawat dari tempat-tempat terjejas atau kawasan yang lebih terdedah kepada jangkitan akan diperiksa
Aug 22, 2024 | 11:43 PM
Pelawat ke Singapura dari tempat-tempat yang terjejas akibat mpox atau tempat-tempat yang lebih berisiko akan diperiksa untuk kesan jangkitan.
Pelawat ke Singapura dari tempat-tempat yang terjejas akibat mpox atau tempat-tempat yang lebih berisiko akan diperiksa untuk kesan jangkitan. - Foto: Fail CMG

Pemeriksaan suhu badan dan pengawasan lebih ketat, mulai 23 Ogos, akan dilaksana di lapangan terbang Changi dan lapangan Seletar serta di pusat pemeriksaan laut untuk mengesan pelawat yang dijangkiti mpox atau cacar monyet.

Dalam kenyataan lewat 22 Ogos, Kementerian Kesihatan (MOH), bersama Kementerian Pengangkutan dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata ini adalah langkah pencegahan dan tiada kes mpox dikesan di sini.

Pelawat dan anak kapal yang akan diperiksa termasuk yang tiba ke Singapura dengan kapal dari  kawasan yang dijangkiti mpox.

Pelawat yang memasuki Singapura menerusi udara dari tempat-tempat  yang mungkin lebih terdedah kepada risiko penularan mpox juga akan diperiksa.

Buat masa ini, tiada penerbangan langsung antara Singapura dengan sebarang negara yang dilanda mpox. 

Menurut kenyataan itu, sebanyak 12 kes mpox telah dikesan tahun ini, semuanya jangkitan Clade II yang disifatkan sebagai kurang teruk.

Penularan mpox buat masa ini kebanyakannya di Afrika, walaupun dua kes melibatkan jangkitan Clade I yang lebih teruk telah dilaporkan di Sweden dan Thailand. Namun laporan mengenai jangkitan yang menular dalam kalangan penduduk di sana masih tiada, kata kenyataan tersebut. 

MOH berkata ia sedang mengawasi keadaan sedunia dengan teliti.

“Nasihat kesihatan telah dilaksana di pusat pemeriksaan udara supaya pelawat akan mengambil langkah-langkah pencegahan peribadi yang sewajarnya untuk mengelak jangkitan. Pelawat dinasihatkan supaya patuh kepada nasihat tersebut, terutama jika mereka hendak pergi ke negara-negara yang terjejas atau memasuki Singapura dari negara-negara tersebut. Pelawat yang mengalami demam, ruam dan/atau simptom lain yang boleh dikaitkan dengan mpox akan dihantar menjalani penilaian perubatan,” kata MOH

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg