Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penunggang e-basikal terlibat dalam nahas langgar lari jalani latihan pemulihan

Sep 23, 2024 | 4:38 PM
Remaja itu melanggar lampu merah di persimpangan Vista Exchange Green di Buona Vista sekitar 7.30 malam pada 11 Julai.
Remaja itu melanggar lampu merah di persimpangan Vista Exchange Green di Buona Vista sekitar 7.30 malam pada 11 Julai. - Foto FACEBOOK SHIN MIN

Seorang penunggang basikal elektrik remaja yang melarikan diri dari tempat kejadian selepas melanggar dua individu, termasuk seorang pengguna kerusi roda, diarah pada 23 September, agar menjalani latihan pemulihan sekurang-kurangnya selama setahun.

Pesalah muda yang dihantar untuk latihan pemulihan ditahan di sebuah pusat untuk mematuhi rejimen ketat yang antara lain termasuk latihan berbaris dan sesi kaunseling.

Pemuda itu, yang kini berusia 19 tahun, juga hilang kelayakan daripada mendapatkan semua lesen kelas memandu selama dua tahun dari tarikh dia dibebaskan.

Pada Ogos, dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan menunggang e-basikal dengan berbahaya dan pertuduhan pecah rumah yang tidak berkaitan.

Empat pertuduhan lain, termasuk satu pertuduhan mencuri, yang dilakukannya ketika berusia 17 tahun, dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.

Nama remaja itu tidak boleh didedahkan memandangkan dia melakukan kesalahan itu semasa di bawah umur 18 tahun dan dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.

Dalam kejadian pada 11 Julai, remaja itu sedang membuat penghantaran makanan dengan menaiki basikal menggunakan kuasa (PAB) sekitar 7.30 malam.

Dia kemudian melanggar lampu merah di persimpangan Vista Exchange Green di Buona Vista.

Basikalnya melanggar dua orang yang sedang melintas jalan, tetapi dia tidak membantu mereka dan terus memecut pergi.

Salah seorang mangsa, wanita berusia 31 tahun dari Filipina, mengalami cedera ringan.

Mangsa kedua, seorang pengguna kerusi roda berusia 33 tahun, mengalami kecederaan di kepala dan dimasukkan ke hospital selama enam hari.

Jika menunggang PAB dengan cara yang berbahaya, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun dan dikenakan denda sehingga $10,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg