Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja cuba elak sekatan polis ditahan

Jun 3, 2024 | 6:39 PM
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan kerana disyaki terlibat mengelak sekatan jalan raya ketika menunggang basikal guna kuasa (PAB) sekitar 3 pagi pada 25 Mei.
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan kerana disyaki terlibat mengelak sekatan jalan raya ketika menunggang basikal guna kuasa (PAB) sekitar 3 pagi pada 25 Mei. - Foto fail

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan kerana disyaki terlibat mengelak sekatan jalan raya ketika menunggang basikal guna kuasa (PAB).

Dalam satu kenyataan pada 3 Jun, polis berkata kejadian itu berlaku sekitar 3 pagi pada 25 Mei, ketika anggota polis trafik melakukan sekatan jalan raya di Guillemard Road.

Menurut polis, seorang anggotanya telah mengarahkan budak lelaki itu berhenti untuk pemeriksaan kerana didapati tidak memakai topi keledar, semasa menunggang PAB-nya tetapi dia cuba mengelak dengan memecut laju untuk cuba melepaskan dirinya.

The Straits Times melaporkan remaja itu merempuh pengadang jalan polis semasa berbuat demikian.

Sejurus jatuh dari PAB-nya, dia cuba melarikan diri. Anggota polis bagaimanapun berjaya menahannya selepas mengejar, tambah mereka.

“Siasatan mendapati penunggang itu memiliki rokok tidak dibayar cukai,” kata polis.

PAB yang dipercayai diubah suai secara haram itu turut dirampas oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Siasatan sedang dijalankan.

Mereka yang didapati bersalah mengelak sekatan jalan raya boleh didenda sehingga $10,000, dipenjara sehingga tujuh tahun, atau kedua-duanya sekali.

Untuk mengubah suai basikal guna kuasa yang melanggar peraturan, pesalah kali pertama boleh didenda sehingga $20,000, dipenjara sehingga 24 bulan, atau kedua-duanya.

Membeli, menjual, memberi, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan rokok yang tidak dibayar cukai boleh dikenakan denda sehingga 40 kali ganda jumlah duti dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dielakkan, hukuman penjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya.

Polis menasihatkan orang ramai supaya memberi kerjasama dan mematuhi arahan anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya, sambil menambah mereka yang mengelak sekatan jalan raya membahayakan nyawa anggotanya dan pengguna jalan raya yang lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg