Penunggang motosikal di Pusat Pemeriksaan Woodlands mungkin diuji pelepasan guna kios baru NEA
Penunggang motosikal di Pusat Pemeriksaan Woodlands mungkin diuji pelepasan guna kios baru NEA
Langkah susuli pengetatan had karbon monoksida, hidrokarbon yang berkuat kuasa sejak 2023
Mar 30, 2026 | 1:43 PM
Penunggang motosikal di Pusat Pemeriksaan Woodlands mungkin diuji pelepasan guna kios baru NEA
Seorang penunggang motosikal menggunakan prototaip kios ujian kendiri pelepasan ekzos motosikal. - Foto NEA
Penunggang motosikal yang memasuki Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands mungkin dipilih secara rambang untuk menguji pelepasan kenderaan mereka menggunakan kios ujian kendiri baru yang dijangka siap menjelang awal 2027.
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan menguji satu kios terlebih dahulu, menilai keupayaan ujian kendiri dan pengalaman pengguna, sebelum memutuskan untuk memperluas penggunaannya.
Laporan berkaitan
Kamera di lokasi pilihan pertingkat pengesanan pembuangan sampah dari tingkat tinggiMar 25, 2026 | 7:43 PM
Pengecaman wajah bagi motosikal di Pusat Pemeriksaan Woodlands mulai 31 MacMar 26, 2026 | 7:13 PM

