Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kesan penutupan Jetstar Asia kepada pelanggan

Jun 11, 2025 | 3:32 PM
Jetstar Asia akan menamatkan operasi mulai 31 Julai sebagai sebahagian daripada “penstrukturan semula secara strategik”.
Jetstar Asia akan menamatkan operasi mulai 31 Julai sebagai sebahagian daripada “penstrukturan semula secara strategik”. - Foto ST

Jetstar Asia akan menamatkan operasi mulai 31 Julai sebagai sebahagian daripada “penstrukturan semula secara strategik”.

Demikian menurut syarikat utamanya, Kumpulan Qantas, pada 11 Jun.

Berikut perkara yang perlu diketahui oleh penumpang ketika syarikat penerbangan itu mengurangkan jadual penerbangannya secara bertahap sehingga hari terakhir operasinya.

S: Penerbangan manakah yang akan terjejas?

Menurut Qantas, 16 laluan serata Asia akan terjejas ekoran penutupan Jetstar Asia.

Antara laluan yang kini dikendalikan oleh Jetstar Asia termasuk:

  1. Singapura ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang
  1. Singapura ke Jakarta, Bali, Medan dan Surabaya
  1. Singapura ke Bangkok, Krabi dan Phuket
  1. Singapura ke Manila
  1. Singapura ke Wuxi
  1. Singapura ke Okinawa
  1. Singapura ke Colombo

Semua penerbangan Jetstar Airways masuk dan keluar dari Australia dengan kod penerbangan JQ tidak akan terjejas, begitu juga dengan penerbangan Jetstar Japan dalam Asia yang menggunakan kod GK.

S: Saya ada tempahan selepas 31 Julai. Bagaimana dengan tiket penerbangan saya?

Semua pelanggan yang telah menempah penerbangan selepas penutupan Jetstar Asia pada 31 Julai akan dihubungi secara langsung dan ditawarkan pilihan bayaran balik penuh secara tunai.

Bagi pelanggan yang mempunyai sambungan penerbangan ke atau dari Australia, atau perjalanan antara Singapura dengan Bali, Manila atau Osaka, mereka mungkin akan ditawarkan penerbangan alternatif di bawah Kumpulan Qantas.

S: Saya ada tempahan sebelum 31 Julai. Adakah saya akan terjejas?

Jetstar Asia akan terus beroperasi dengan jadual yang dikurangkan sehingga tarikh penutupannya, maka beberapa perubahan kepada tempahan sedia ada dijangka berlaku.

Pelanggan akan dimaklumkan tentang sebarang perubahan, dan maklumat terkini boleh diperolehi melalui laman web makluman perjalanan Jetstar Asia.

Status terkini bagi penerbangan dua hari berikutnya juga boleh didapati di laman web tersebut.

Jetstar Asia turut menyatakan bahawa pelanggan yang tidak lagi ingin terbang dengan syarikat itu menjelang penutupannya akan diberikan “fleksibiliti tambahan”, walaupun butiran lanjut tidak didedahkan.

S: Saya menempah dengan syarikat penerbangan rakan kongsi. Apakah yang perlu saya lakukan?

Jetstar akan memaklumkan pelanggan yang terjejas mengenai perubahan pada penerbangan Jetstar Asia, termasuk mereka yang mempunyai penerbangan sambungan bersama syarikat penerbangan rakan kongsi. Penumpang yang terjejas akan dihubungi bagi susunan alternatif.

Selain Qantas, Jetstar Airways, yang berpangkalan di Sydney, dan Jetstar Japan, Jetstar Asia yang akan ditutup ini turut mempunyai kerjasama kod perkongsian dengan syarikat penerbangan Emirates, Finnair dan Japan Airlines.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg