Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenyalaan lampu, persembahan khas iringi pembukaan Bazar Ramadan Kampong Gelam
Bazar Ramadan di Kampong Gelam - dengan tema Gemilang Kampong Gelam - telah dilancarkan secara rasmi pada 13 Februari.
Majlis pelancaran tersebut dihadiri Menteri Pembangunan Negara, Encik Chee Hong Tat dan Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Turut hadir ialah Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Cik Denise Phua dan Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi.
Acara itu dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan kebudayaan termasuk kompang, silat dan tarian Melayu, selain penampilan khas oleh artis rap tempatan, Alyph.
