Penyalahgunaan dadah memberi kesan bukan sahaja kepada penyalahguna dadah tetapi juga kepada keluarga mereka.
Antara kesan itu termasuk kesan fizikal, emosi, psikologi dan kadangkala masalah kewangan.
Kesan tersebut lebih mendalam apabila ia melibatkan penyalahguna dadah wanita.
Ini dibincangkan dalam episod keempat siri podcast NoTapis dengan kerjasama Biro Narkotik Pusat (CNB) bersama Penerbit Eksekutif, Encik Fakhruradzi Ismail dan Penerbit dan Penyampai Podcast, Cik Natasha Mustafa.
Antara tetamu yang menyertai episod itu adalah Cik Anita Jangil yang berkongsi pengalamannya terjebak dalam penyalahgunaan dadah memberi kesan terhadap anak-anaknya dan keluarganya.
Turut sertai perbincangan itu ialah Pengurus Kes di Persatuan Anti-Narkotik Singapura (SANA), Cik Dianah Ja’afar.
Walaupun penyalahgunaan dadah itu memberi kesan yang besar kepada keluarga penyalahguna dadah, Cik Dianah berkata terdapat pelbagai motivasi untuk wanita-wanita itu berubah.
Dalam podcast NoTapis ini, Cik Dianah menekankan bagaimana ia penting bagi wanita-wanita ini untuk mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
Katanya, ini adalah supaya mereka dapat membina kestabilan emosi dari sudut kerohanian dengan menilai semula diri sendiri.
Ini merupakan episod keempat daripada siri empat episod, yang diterbitkan dengan kerjasama CNB.
SIDANG KEIBUBAPAAN


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg