Peralihan ke madrasah lahirkan pelajar cemerlang akademik, ukhrawi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peralihan ke madrasah lahirkan pelajar cemerlang akademik, ukhrawi

Sokongan ibu bapa turut bantu pelajar Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, Asilah Shyma, gilap kecemerlangan
Jan 30, 2026 | 5:30 AM

Peralihan ke madrasah lahirkan pelajar cemerlang akademik, ukhrawi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pelajar cemerlang, Asilah Shyma Imam Fadhilah (kanan), antara ahli panel Forum Hubbul Quran pada Majlis Induksi dan Penyerahan Al-Quran bagi Pelajar Menengah 1, yang berlangsung pada 10 Januari 2026.
Pelajar cemerlang, Asilah Shyma Imam Fadhilah (kanan), antara ahli panel Forum Hubbul Quran pada Majlis Induksi dan Penyerahan Al-Quran bagi Pelajar Menengah 1, yang berlangsung pada 10 Januari 2026. - Foto MADRASAH AL-ARABIAH AL-ISLAMIAH

USTAZ MUHAMMAD RAMADHAN MOHAMAD

Peralihan daripada sekolah nasional kepada madrasah terbukti mampu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kerohanian, sebagaimana ditunjukkan oleh kejayaan pelajar Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI), Asilah Shyma Imam Fadhilah.

Asilah memulakan pendidikan awal di sekolah nasional sebelum membuat keputusan menyambung pengajian ke MAI. Ini didorong keinginan mendalami ilmu agama serta memperkukuh hubungan dengan Al-Quran. Keputusan itu ternyata membuahkan hasil apabila dia berjaya meraih enam kepujian dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat ‘O’, di samping cemerlang dalam bidang Al-Quran.

Di madrasah tersebut, Asilah, 17 tahun, melalui apa yang digambarkan sebagai pembelajaran Al-Quran yang menyeluruh, dalam persekitaran yang selesa dari sudut akademik dan kerohanian.

Dia dibimbing secara rapat oleh asatizah, khususnya Ustazah Zainab Mohamed Habib dan Ustaz Muhammad Iskandar Muhammad Sabery, dengan penekanan terhadap ketepatan tajwid, kelancaran bacaan serta kekuatan hafazan Al-Quran.

Selain pembelajaran formal, Asilah turut digalakkan menyertai pertandingan bacaan dan hafazan Al-Quran. Menurut pihak sekolah, penyertaan tersebut bukan semata-mata untuk mengejar kemenangan, sebaliknya bertujuan membina keyakinan diri dan berkongsi keindahan Al-Quran dengan masyarakat.

Usaha ini membuahkan pengiktirafan apabila Asilah dinobatkan sebagai penyandang tempat keempat Pertandingan Majlis Tilawah dan Tahfiz Al-Quran Singapura (MTTQ) 2025.

Sokongan ibu bapa turut menjadi faktor penting dalam perjalanan Asilah, dengan kerjasama erat bersama pihak madrasah bagi menyokong perkembangan akademik dan kerohaniannya.

Asilah kini meneruskan pembelajaran prauniversitinya di Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.

Kejayaan Asilah juga dilihat seiring dengan pelaksanaan Program Ihya’ Al-Qur’an di MAI, yang bertujuan menyemarakkan budaya membaca Al-Quran dalam kalangan pelajar.

Program ini melibatkan bacaan Al-Quran secara berjemaah setiap hari sebanyak dua halaman, dipimpin secara bergilir oleh pelajar dengan bimbingan asatizah, sekali gus memupuk disiplin, kepimpinan dan sokongan rakan sebaya.

Naib Pengetua MAI, Cik Suharni Mohd Shariff, menyatakan kebanggaannya terhadap pencapaian Asilah.

“Kejayaan Asilah amat menepati misi madrasah mahu melahirkan generasi cendekiawan yang bertakwa. Dia menjadi contoh yang kuat kepada pelajar-pelajar MAI untuk mencorak azam yang sama,” katanya.

Asilah juga tampil sebagai salah seorang ahli panel Forum Hubbul Quran dalam Majlis Penyerahan Al-Quran Pelajar Menengah 1 pada 10 Januari 2026, sekali gus diharap dapat menyemarakkan lagi semangat cinta Al-Quran dalam kalangan warga MAI.

Penulis merupakan Guru Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI).

Untuk menderma, sila imbas kod QR ini.
Untuk menderma, sila imbas kod QR ini. - Foto MADRASAH AL-ARABIAH AL-ISLAMIAH

SEKILAS:

Untuk menyokong Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah serta meneruskan misi murni mereka dalam melahirkan generasi pelajar yang berilmu, berakhlak dan bersedia menghadapi masa depan, orang ramai dialu-alukan menyalurkan sumbangan kepada UEN T08GB0028LMAI atau dengan mengimbas kod QR yang tertera.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg