Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Peranan penting RRG kukuh perpaduan sosial di S’pura: DPM Wong

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peranan penting RRG kukuh perpaduan sosial di S’pura: DPM Wong

Turut rasmikan penamaan auditorium Masjid Khadijah kepada ‘Auditorium Ustaz Ali Haji Mohamed’
Apr 01, 2024 | 07:46 PM



Terdapat keperluan bagi Singapura untuk berusaha lebih gigih dalam melindungi kesepaduan sosialnya dalam era perubahan pesat di peringkat global dan juga di dalam masyarakat sendiri, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 1 April.

Berkata demikian di majlis berbuka puasa tahunan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) bersama Masjid Khadijah, Encik Wong menambah bahawa apa yang rakyat Singapura miliki hari ini adalah sesuatu yang berharga, yang perlu dihargai dan dilindungi.

Ini lebih-lebih lagi ketika dunia berdepan dengan ancaman yang lebih berbahaya dan ganas. 

Justeru, Singapura sebagai sebuah masyarakat majmuk harus menggandakan usaha dalam memperkukuh semangat perpaduan di sini, tambah beliau.

Encik Wong berkata, selain undang-undang serta dasar yang telah diperkenalkan pemerintah untuk melindungi perpaduan di sini, organisasi seperti RRG juga telah memainkan peranan penting.

Antara lain, Encik Wong berkata RRG telah membantu individu yang sesat meninggalkan ideologi radikal, selain melindungi ruang bersama antara kumpulan agama yang berbeza di Singapura.

Meskipun begitu, beliau menekankan bahawa pada tahun-tahun mendatang, akan ada lebih banyak tekanan dan cabaran yang mampu mengancam perpaduan ini. 

Beliau mengambil contoh beberapa “puak” yang memberikan ancaman sebenar kepada mana-mana negara. Mereka termasuk kumpulan yang menyebarkan versi palsu dan ekstremis agama mereka, golongan antivaksin semasa pandemik Covid-19 serta kebangkitan sayap kanan dan neo-Nazi di Barat.

Cabaran yang mereka kemukakan diserlahkan oleh dunia di mana kuasa-kuasa besar bersaing dengan pemikiran jumlah sifar yang semakin meningkat, dan di mana terdapat peningkatan konflik bersenjata yang tidak dapat diselesaikan dengan mudah oleh masyarakat global, tambah Encik Wong.

“Apakah maknanya bagi kita sebagai rakyat Singapura? Sememangnya, naluri pertama kita adalah untuk menjaga masyarakat kita sendiri dan yang lebih terdedah pada pengaruh dalam kalangan kita, tetapi kita juga harus melihat di luar Singapura dan mengusahakan peranan kita sebagai anggota masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab,” ujarnya lagi.

Encik Wong menambah kerana itulah, Singapura telah meningkatkan usaha menyokong rakyat Palestin, termasuk melalui pemberian tiga pusingan bantuan dan kerahan pasukan perubatan Angkatan Bersenjata Singapura ke kapal tentera laut Perancis pada Januari 2024.

Sekitar 80 tetamu hadir di majlis berbuka puasa di Auditorium Masjid Khadijah. 

Antara tetamu yang hadir termasuk Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean; Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-Undang, Encik K. Shanmugam; Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, serta mantan Timbalan Perdana Menteri, Encik Wong Kan Seng. 

Beberapa pemimpin Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), RRG, Kumpulan Penjagaan Selepas Pemulihan Antara Agensi serta pemimpin masyarakat dan agama juga hadir.

Encik Wong juga telah merasmikan penamaan semula auditorium Masjid Khadijah kepada ‘Auditorium Ustaz Ali Haji Mohamed’. 

Langkah tersebut merupakan usaha menghargai sumbangan serta pencapaian Allahyarham Ustaz Ali Haji Mohamed, mantan Pengerusi Bersama RRG dan Pengerusi Masjid Khadijah.

Pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid Khadijah dan Pengerusi Bersama RRG, Ustaz Dr Mohamed Ali, berkata:

“Auditorium ini menjadi simbol yang masih kekal terhadap kepercayaan Ustaz Ali bahawa masjid dan umat Islam di sini masih mampu memainkan peranan lebih besar.

“Beliau mencipta ruang dalam masjid ini untuk masyarakat Islam dan bukan Islam untuk sentiasa terlibat dan berinteraksi, kerana beliau tahu kehendak kita untuk terus hidup, dan keperluan kita untuk berkembang maju bergantung pada hubungan mesra dan kerjasama dengan orang ramai dari setiap lapisan masyarakat, bagi mewujudkan hasil terbaik untuk manusia.”

Dalam pada itu, Ustaz Mohamed turut meluahkan harapan dengan menamakan auditorium itu dapat menitip pengajaran kepada pemimpin agama masa depan serta membolehkan generasi mendatang mengambil iktibar daripada semangat, dedikasi dan sifat kepimpinan Allahyarham Ustaz Ali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >