Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peranan relawan penting bantu tahanan ideologi pelampau bina balik hidup

Hampir 85% warga S’pura ditangani di bawah ISA sejak 2022 dapat bersatu semula dalam masyarakat, kecimpung dalam kerjaya bermakna
Sep 13, 2025 | 4:38 PM
lawrence wong, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak 2022, sukarelawan, penyepaduan semula
Perdana Menteri Lawrence Wong (enam dari kanan) bersama Menteri bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam (lima dari kanan) dan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (kanan) bertemu hadirin dan pemimpin masyarakat, antaranya mantan Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Mohamad Hasbi Hassan (tujuh dari kanan) sewaktu majlis makan tengah hari anjuran Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada 13 September. - Foto BM oleh DESMOND WEE
(Dari kiri) Perdana MenteriE, ncik Lawrence Wong sedang beramah dengan Mufti, Dr Nazirudin Mohd Nasir. Turut hadir ialah Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif  Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda), Encik Anbarasu Rajendran.
(Dari kiri) Perdana MenteriE, ncik Lawrence Wong sedang beramah dengan Mufti, Dr Nazirudin Mohd Nasir. Turut hadir ialah Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda), Encik Anbarasu Rajendran. - Foto BM oleh DESMOND WEE

Hampir 85 peratus daripada 150 warga Singapura yang ditangani di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak 2022, telah mencatat kemajuan tidak kira dari segi penyepaduan semula dalam masyarakat mahupun berkecimpung dalam kerjaya bermakna.

Semua ini berkat usaha gigih sukarelawan yang telah tampil bagi membantu golongan ini yang terjebak dalam ideologi melampau, kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada 13 September, sambil mengalu-alukan bilangan sukarelawan yang semakin meningkat.

Melebihi kaunseling, sukarelawan dapat memberi sinar harapan dan sokongan praktikal kepada keluarga tahanan, katanya.

Ini lantas membantu dalam memastikan ikatan keluarga kekal utuh supaya para tahanan mendapat sokongan yang diperlukan untuk membuka lembaran hidup yang baru, jelas Encik Wong sewaktu majlis penghargaan makan tengah hari untuk sukarelawan masyarakat anjuran Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) di Parkroyal Collection Marina Bay.

Beliau berkata demikian bagi merakamkan penghargaan kepada kira-kira 400 tetamu yang merangkumi antaranya, anggota Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Kumpulan Penjagaan Lanjut Antara Agensi, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), pemimpin masjid, pelbagai pertubuhan masyarakat serta relawan dan keluarga mereka.

Turut hadir ialah Menteri bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam dan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

“Ramai dapat integrasi semula dalam masyarakat. Ada yang telah memulakan perniagaan.

“Manakala yang lain menceburi pengajian tinggi, dan menemui kerjaya bermakna.

“Keluarga mereka juga berkembang maju.

“Ramai daripada anak-anak mereka sedang mencatat prestasi baik di sekolah dan mengecapi kejayaan dalam laluan masing-masing.

“Menerusi usaha gigih anda, anda telah menunjukkan apa ertinya untuk hidup dalam Singapura yang inklusif, di mana semua boleh mengharapkan masa depan lebih baik,” ujar Encik Wong.

Beliau turut memberi penghormatan kepada mantan Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, serta Allahyarham Ustaz Ali Mohamed selain relawan masyarakat perintis yang banyak menghulurkan bantuan ketika Singapura menangani rangkaian Jemaah Islamiyah dua dekad lalu.

Encik Wong berkata Singapura bernasib baik kerana golongan perintis negara ini telah membina asas yang kukuh.

Bahkan, “rahsia kejayaan Singapura” terletak pada hakikat bahawa rakyat mampu bersatu meskipun terdapat banyak kaum, agama dan bahasa berlainan.

“Tanggungjawab ini bukan terletak hanya pada pemerintah sahaja, bahkan kita semua.

“Ia merupakan tanggungjawab kolektif kita.

“Justeru saya menanti-nantikan untuk bekerjasama rapat dengan anda semua mengenai objektif bersama ini bagi memastikan Singapura kekal selamat, terjamin dan harmoni untuk lebih banyak generasi akan datang,” ujarnya.

Majlis makan tengah hari anjuran MHA telah diadakan setiap tahun sejak 2005 sebagai tanda terima kasih kepada sukarelawan dan pertubuhan, atas sumbangan serta sokongan mereka terhadap program penyepaduan semula sosial serta antipengganasan MHA.

Pada 2025, MHA meraikan perjalanan 20 tahun kerjasama yang dijalinkan pemerintah dan masyarakat dalam melindungi keselamatan Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg