Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Percutian tentera’ beri peluang alami kehidupan di tiga medan berbeza

Latihan Trident 2024 menyatukan ketiga-tiga cabang Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dalam latihan bersepadu bersama Angkatan Pertahanan Australia (ADF) di Kawasan Latihan Shoalwater Bay, Australia. Latihan ini melibatkan gabungan operasi udara, darat, dan laut, bagi satu pengalaman latihan yang menyeluruh. BERITA HARIAN berpeluang menyaksikan latihan tersebut, proses yang dilalui anggota tentera, dan bertemu individu yang terlibat dalam latihan itu.
Nov 18, 2024 | 5:30 AM
Tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Pertahanan Australia (ADF) sedang berlari menuju ke kawasan operasi selepas mendarat dari Bot Utiliti Laju (FCU). Sebagai sebahagian daripada Latihan Trident, mereka turut ditemani dua helikopter penyerang ‘Apache AH-64D’.
Tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Pertahanan Australia (ADF) sedang berlari menuju ke kawasan operasi selepas mendarat dari Bot Utiliti Laju (FCU). Sebagai sebahagian daripada Latihan Trident, mereka turut ditemani dua helikopter penyerang ‘Apache AH-64D’. - Foto BH oleh MUHD HAZMAN ABD AZIZ

‘Nasi Lemak Wallaby’ – itulah nama yang diberikan oleh pasukan tentera Singapura kepada hidangan nasi lemak yang disediakan di rumah dapur di Kem Tilpal, Rockhampton, Australia.

Rasanya mirip seperti nasi lemak yang biasa dinikmati di Singapura, namun dengan sedikit sentuhan unik Rockhampton.

Saya mula diperkenalkan kepada hidangan itu ketika mengikuti ‘percutian tentera’ saya ke Rockhampton baru-baru ini.

Di tengah panas terik dengan suhu mencecah 37 darjah Celsius setiap hari, saya mengembara merentas lautan di atas kapal, menaiki helikopter dan menjelajah kawasan hutan.

Ia merupakan pengalaman unik yang menggabungkan tiga medan yang berbeza.

Lawatan itu diadakan dari 8 hingga 14 November untuk saya dan rakan-rakan media Singapura merakam Latihan Trident 2024, sebuah latihan ketenteraan dua hala antara Singapura dengan Australia.

Latihan itu berlangsung di kawasan luas di Shoalwater Bay, yang menyaksikan anggota tentera udara, laut, dan darat Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) serta Angkatan Pertahanan Australia (ADF) berlatih sebagai satu pasukan.

Latihan pada 2024 menampilkan dua operasi berbeza – hutan dan perbandaran.

Kedua-dua operasi itu bermula di kapal pemunggah darat (LST), dan saya dapat menyaksikan sendiri proses latihan yang dilalui tentera.

Di operasi hutan, tentera akan menaiki helikopter dari LST menuju ke darat dan bergerak ke kawasan hutan. 

Dalam operasi hutan, anggota tentera menaiki helikopter, Chinook CH-47F, dari kapal pemunggah darat (LST). Ia membawa mereka menuju ke kawasan darat di Freshwater Bay dengan diiringi helikopter penyerang, Apache AH-64D.
Dalam operasi hutan, anggota tentera menaiki helikopter, Chinook CH-47F, dari kapal pemunggah darat (LST). Ia membawa mereka menuju ke kawasan darat di Freshwater Bay dengan diiringi helikopter penyerang, Apache AH-64D. - Foto ZAOBAO
Dalam operasi bandar, anggota tentera menaiki Bot Utiliti Laju (FCU) atau Kapal Peralatan dan Individu Laju (FCEP) dari kapal pemunggah darat (LST). Ia membawa mereka ke kawasan darat di Freshwater Bay sebelum melaksanakan operasi. Kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), Heron-1, turut melakukan pengawasan di kawasan pantai.
Dalam operasi bandar, anggota tentera menaiki Bot Utiliti Laju (FCU) atau Kapal Peralatan dan Individu Laju (FCEP) dari kapal pemunggah darat (LST). Ia membawa mereka ke kawasan darat di Freshwater Bay sebelum melaksanakan operasi. Kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), Heron-1, turut melakukan pengawasan di kawasan pantai. - Foto ZAOBAO

Kami berpeluang menaiki helikopter CH-47F dari LST, dan pengalaman itu, bagi saya, sungguh menakjubkan.

Saya dapat rasai bukan sahaja bagaimana helikopter berlepas, mendarat, melihat sistem operasinya, malah menikmati pemandangan indah perhutanan serta lautan jernih.

Pemandangan dari helikopter Chinook CH-47F yang kami naiki. Ia menunjukkan kawasan di Freshwater Bay, tempat tentera mendarat dari laut dan melakukan operasi mereka.
Pemandangan dari helikopter Chinook CH-47F yang kami naiki. Ia menunjukkan kawasan di Freshwater Bay, tempat tentera mendarat dari laut dan melakukan operasi mereka. - Foto BH oleh MUHD HAZMAN ABD AZIZ

CH-47F, yang dikendalikan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), mampu memuatkan sekitar 52 askar dalam satu-satu masa dan boleh terbang pada kelajuan sehingga 170 knot atau 315 kilometer sejam.

Dari udara, kami diturunkan di sebuah kawasan hutan, lokasi perhentian tentera.

Dalam Latihan Trident, selepas anggota tentera mendarat, mereka akan memasuki kawasan hutan untuk melaksanakan operasi hutan dan bandar mereka. Pasukan operasi hutan akan menyelesaikan operasi mereka dahulu sebelum bertemu dengan pasukan operasi perbandaran. 
Dalam Latihan Trident, selepas anggota tentera mendarat, mereka akan memasuki kawasan hutan untuk melaksanakan operasi hutan dan bandar mereka. Pasukan operasi hutan akan menyelesaikan operasi mereka dahulu sebelum bertemu dengan pasukan operasi perbandaran.  - Foto BH oleh MUHD HAZMAN ABD AZIZ

Berbeza dengan perjalanan di atas LST yang kadangkala memabukkan, perjalanan helikopter lebih lancar.

LST adalah kapal kelas terbesar Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dan buat kali pertama di Latihan Trident, dua LST – RSS Persistence dan RSS Endurance – dibawa dari Singapura.

Kami menaiki LST yang terletak di tengah lautan, dari pantai Freshwater Bay menerusi Bot Utiliti Laju (FCU).

Ini merupakan antara proses operasi perbandaran bagi Latihan Trident apabila tentera menaiki FCU untuk bergerak dari laut ke darat.

Perjalanan sekitar 30 minit itu penuh dengan percikan ombak dan angin kencang, menyebabkan ramai di antara kami berasa mabuk.

Bot Utiliti Laju (FCU) berperanan penting dalam Latihan Trident sebagai kenderaan yang memindahkan aset – anggota tentera dan kenderaan – dari laut ke darat dan sebaliknya. Operasi FCU ini memerlukan sekitar empat anggota untuk memastikan kelancarannya dan boleh memuatkan sekitar 130 tentera dalam satu-satu masa.
Bot Utiliti Laju (FCU) berperanan penting dalam Latihan Trident sebagai kenderaan yang memindahkan aset – anggota tentera dan kenderaan – dari laut ke darat dan sebaliknya. Operasi FCU ini memerlukan sekitar empat anggota untuk memastikan kelancarannya dan boleh memuatkan sekitar 130 tentera dalam satu-satu masa. - Foto BH oleh MUHD HAZMAN ABD AZIZ
Setelah tiba di darat daripada Bot Utiliti Laju (FCU) dan Bot Peralatan dan Individu Laju (FCEP), anggota tentera meneruskan operasi perbandaran mereka. Mereka bergerak menuju ke lokasi dan akan bertemu dengan pasukan yang melaksanakan operasi hutan.  
Setelah tiba di darat daripada Bot Utiliti Laju (FCU) dan Bot Peralatan dan Individu Laju (FCEP), anggota tentera meneruskan operasi perbandaran mereka. Mereka bergerak menuju ke lokasi dan akan bertemu dengan pasukan yang melaksanakan operasi hutan.   - Foto BH oleh MUHD HAZMAN ABD AZIZ

Apabila tiba di RSS Persistence, saya melihat sendiri kehidupan tentera laut dengan kapal sepanjang 141 meter ini dilengkapi pelbagai kemudahan seperti gimnasium, FCU, dan Kapal Peralatan dan Individu Laju (FCEP).

Ia juga mempunyai siling rendah, tangga curam dan tandas yang dikenali sebagai ‘heads’.

Saya tidur di bilik yang dilengkapi tiga katil bertingkat, almari kecil untuk menyimpan barang dan soket elektrik, memuatkan sembilan orang dalam satu bilik.

Walaupun kapal bergerak, tidur kami tetap lena.

Dalam pada itu, kami juga berpeluang bermalam di Kem Tilpal, kem latihan keempat dan terbaru di Kawasan Latihan Shoalwater Bay.

Kem Tilpal yang baru seluas 98 ekar ini mampu menampung kira-kira 2,000 anggota tentera. Selesai pembinaannya pada awal 2024, Latihan Wallaby 2024 menjadi latihan pertama yang memanfaatkan kem itu.
Kem Tilpal yang baru seluas 98 ekar ini mampu menampung kira-kira 2,000 anggota tentera. Selesai pembinaannya pada awal 2024, Latihan Wallaby 2024 menjadi latihan pertama yang memanfaatkan kem itu. - Foto BH oleh MUHD HAZMAN ABD AZIZ

Dengan keluasan 98 ekar, kem yang mampu memuatkan sehingga 2,000 tentera itu direka untuk menawarkan kemudahan lebih baik kepada tentera seperti; bilik tidur yang selesa dengan kipas; dewan makan yang pengudaraan yang baik; pusat perubatan yang lebih besar, serta kemudahan penyelenggaraan kenderaan.

Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA), yang bertanggungjawab dalam membangunkan kawasan tersebut, berkongsi bahawa mereka mengambil kira pelbagai faktor pada kemudahan yang dilakukan.

Aspek seperti mutu pengudaraan di dalam bilik untuk memastikan tentera mendapat rehat yang secukupnya, dewan makan yang strategik di tengah kem bagi memudahkan akses, serta pusat perubatan tetap yang tiga hingga empat kali lebih besar berbanding dahulu yang dibina pada kontena – semuanya direka untuk memberikan penjagaan yang lebih baik kepada tentera.

Kami diberi peluang bermalam di sana dan saya berpendapat bahawa penginapan dan kemudahan yang disediakan amat selesa.

Bilik tidur di Kem Tilpal mampu memuatkan sekitar 40 orang dan dilengkapi dengan kipas, bantal, selimut, baldi, tempat sidai baju yang kecil, soket. Ia juga mempunyai soket lan di sembilan tempat penginapan.
Bilik tidur di Kem Tilpal mampu memuatkan sekitar 40 orang dan dilengkapi dengan kipas, bantal, selimut, baldi, tempat sidai baju yang kecil, soket. Ia juga mempunyai soket lan di sembilan tempat penginapan. - Foto BH oleh MUHD HAZMAN ABD AZIZ
Dewan makan di Kem Tilpal lebih besar dan mempunyai kipas berkelajuan tinggi. Ia juga terletak di ruang yang strategik di tengah kem untuk memudahkan akses bagi tentera bergerak.
Dewan makan di Kem Tilpal lebih besar dan mempunyai kipas berkelajuan tinggi. Ia juga terletak di ruang yang strategik di tengah kem untuk memudahkan akses bagi tentera bergerak. - Foto ZAOBAO

Di sana, saya diperkenalkan dengan Nasi Lemak ‘Wallaby’.

Menurut tukang masak syarikat katering Singapore Airport Terminal Services (Sats) di sana, Cik Bee Bee Jan Abdul Kadir, hidangan itu disukai tentera kerana ia memberi rasa yang mirip dengan nasi lemak Singapura tetapi mempunyai keunikannya tersendiri.

Disebabkan bahan yang terhad, nasi lemak itu harus dibuat dengan cara yang berbeza.

Menurut Cik Bee Bee, sambal nasi lemaknya mempunyai resipi rahsia untuk mengekalkan rasa sambal itu dan mereka juga perlu menggantikan timun dengan tomato pada nasi lemak.

Nasi Lemak ‘Wallaby’ mempunyai pelbagai makanan sampingan seperti ayam goreng, telur dadar, sotong goreng, sambal udang, tomato. Dengan bahan yang terhad, bangsal memasak di rumah masak Kem Tilpal harus bijak dalam menggunakan bahan mereka.
Nasi Lemak ‘Wallaby’ mempunyai pelbagai makanan sampingan seperti ayam goreng, telur dadar, sotong goreng, sambal udang, tomato. Dengan bahan yang terhad, bangsal memasak di rumah masak Kem Tilpal harus bijak dalam menggunakan bahan mereka. - Foto BH oleh MUHD HAZMAN ABD AZIZ

Sats juga memastikan bahan mentah didapatkan dari Australia untuk mengekalkan kesegaran, sementara pes diimport dari Singapura untuk rasa asli.

Syarikat Singapore Airport Terminal Services (Sats) akan membawa masuk pes yang sudah disiapkan dari Singapura serta mendapatkan bahan mentah dari Australia. Ia akan dikekalkan dalam kontena sejuk untuk mengekalkan kesegarannya. Kakitangan Sats kelihatan sedang membawa keluar bahan mentah dari kontena di Kem Tilpal.
Syarikat Singapore Airport Terminal Services (Sats) akan membawa masuk pes yang sudah disiapkan dari Singapura serta mendapatkan bahan mentah dari Australia. Ia akan dikekalkan dalam kontena sejuk untuk mengekalkan kesegarannya. Kakitangan Sats kelihatan sedang membawa keluar bahan mentah dari kontena di Kem Tilpal. - Foto ZAOBAO

Ketika kami berada di sana, Sats membawa kami untuk memasuki dapur mereka dan melihat keadaan di sana.

Ia sungguh bersih dan teratur sesuatu yang pada pendapat saya penting bagi menjaga kebajikan tentera.

Kawasan dapur di Kem Tilpal. Ia lebih besar dan mempunyai dua bahagian yang berbeza untuk memenuhi pelbagai persediaan dan keperluan makanan.
Kawasan dapur di Kem Tilpal. Ia lebih besar dan mempunyai dua bahagian yang berbeza untuk memenuhi pelbagai persediaan dan keperluan makanan. - Foto BH oleh MUHD HAZMAN ABD AZIZ

Di samping itu, saya sempat menghadiri satu persembahan daripada kompeni Muzik dan Drama, sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat Rockhampton atas sokongan mereka dalam Latihan Trident.

Ia mempersembahkan kepelbagaian budaya Singapura dan disambut tepukan gemuruh oleh penonton.

Secara keseluruhan, ia merupakan ‘percutian’ yang membuka mata saya.

Saya membawa pulang banyak pengalaman baru dan mengenali individu yang mengagumkan.

Rasa hormat saya terhadap pegawai tentera semakin mendalam – meskipun latihan itu mencabar, mereka tetap tekun demi mempertahankan Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg