Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perdaus tingkat mutu asatizah melalui pelbagai kursus

Mar 21, 2025 | 5:30 AM
Program pengurusan bilik darjah telah diadakan pada Februari 2025 dengan bimbingan Ustazah Fatimah Surani daripada Our Arabic Time, memberikan panduan berharga kepada kakitangan Perdaus.
Program pengurusan bilik darjah telah diadakan pada Februari 2025 dengan bimbingan Ustazah Fatimah Surani daripada Our Arabic Time, memberikan panduan berharga kepada kakitangan Perdaus. - Foto PERDAUS

Sumbangan zakat dan derma daripada masyarakat memainkan peranan penting dalam usaha Perdaus memperkasa pendidikan Islam. Sokongan ini membolehkan badan ini terus meningkatkan mutu kurikulum serta memperkukuh keupayaan asatizah di Imad Perdaus, demi memastikan penyampaian ilmu yang lebih berkesan dan relevan kepada generasi muda.

“Bagi pihak kami, peningkatan asatizah sangat penting kerana ia memberi manfaat kepada asatizah serta pelajar kami. Oleh itu, kami menghantar asatizah kami ke pelbagai kursus setiap tahun, baik dari segi pengisian pelajaran mahupun kemahiran mengajar,” jelas ketua Imad Perdaus, Ustazah Farhana Abdul Hamid.

Setiap tahun, asatizah sepenuh dan separuh masa mengikuti kursus pengurusan bilik darjah yang dirancang khusus untuk memperkaya kemahiran mengajar mereka. Kursus ini diadakan bagi membimbing asatizah, terutamanya yang baru menamatkan pengajian, supaya mereka lebih bersedia dalam menyampaikan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak.

Ustazah Farhana berkata pemilihan kursus dibuat berdasarkan analisis keperluan latihan serta maklum balas daripada asatizah sendiri.

“Kami sentiasa menilai keperluan latihan sambil mendengar pandangan asatizah mengenai cabaran yang mereka hadapi. Sebagai contoh, ramai asatizah menyuarakan keperluan latihan tambahan dalam menguruskan murid yang memerlukan lebih perhatian,” jelas Ustazah Farhana.

Selain pengurusan kelas, asatizah dan sukarelawan juga menghadiri kursus tajwid dan Al-Qur’an.

Menurut Ustazah Farhana, terdapat dua landasan utama dalam pembelajaran tajwid yang dilaksanakan oleh Perdaus. Pertama, usaha meningkatkan kemahiran asatizah dengan menyediakan latihan khusus kepada mereka yang mengajar Al-Quran.

Latihan ini bertujuan melahirkan tenaga pengajar yang lebih mahir dan pakar dalam bidang tajwid, sekali gus memastikan mutu pengajaran sentiasa ditingkatkan.

Kedua, latihan khusus yang ditawarkan kepada sukarelawan Perdaus melalui kursus tajwid dan Ulumul Quran selama 10 minggu. Kursus ini turut membuka peluang kepada peserta mendapatkan pensijilan di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).

Daya usaha ini bukan sahaja melahirkan lebih ramai tenaga pengajar Al-Quran dalam kalangan masyarakat Singapura, malah memberi manfaat besar kepada Perdaus apabila para peserta ini turut berperanan sebagai mentor kepada pelajar-pelajar dalam program-program anjuran pertubuhan tersebut.

Melihat kepada peningkatan bilangan pelajar berkeperluan khas dalam madrasah, Ustazah Farhana menjelaskan tentang perancangan masa hadapan dan berkata: “Kami ingin memastikan asatizah kami dapat menangani kelas dengan mahir dan yakin. Selain mengajar dengan berkesan, kami juga mahu pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang positif.”

Sebagai badan amal dan dakwah yang memberi tumpuan kepada pendidikan, Perdaus bergantung kepada sumbangan derma dan zakat daripada masyarakat. Dana zakat diperuntukkan kepada beberapa golongan asnaf yang berkelayakan seperti Fi Sabilillah, Gharimin, ‘Amil, Faqir, dan Riqab.

Cara menderma

1. Anda boleh menderma melalui PayNow ke S64SS0031JQRB (sila WhatsApp talian 8127-3729 untuk resit).

2. Untuk menderma melalui dalam talian, anda juga boleh ke laman https://swiy.co/blessedbonds

Cara menunaikan zakat harta

1. Melalui laman https://swiy.io/pdszkt

2. Melalui pejabat Imad Perdaus dengan membuat janji temu dahulu:

– Bedok: Blok 125 Bedok North Road #01-115 Singapura 460125. Hubungi talian 6513-2315.

– Bukit Batok: Blok 364 Bukit Batok Street 31 #01-259 Singapura 650264. Hubungi talian 6513-2300.

3. Melalui khidmat “Amil Mobile” iaitu khidmat bergerak bagi memungut bayaran zakat di rumah bagi jumlah $500 ke atas, bagi kemudahan penyumbang zakat atau penderma. Sila buat janji temu dengan Ustaz Raja di talian 8127-3729.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg