Pergas seru sokong asatizah demi jamin masa depan ummah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pergas seru sokong asatizah demi jamin masa depan ummah

Mar 13, 2026 | 5:30 AM

Pergas seru sokong asatizah demi jamin masa depan ummah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Sesi Muktamar Pergas, dana endowmen
Sesi seperti Muktamar Pergas yang diadakan pada Mei 2025 penting bagi asatizah membincangkan isu keilmuan, dakwah dan hal ehwal umat demi memperkukuh peranan Islam di Singapura. - Foto PERSATUAN ULAMA DAN GURU-GURU AGAMA ISLAM SINGAPURA (PERGAS)

Dalam kehidupan sebagai Muslim, kita sering diingatkan bahawa dunia ini hanyalah persinggahan sementara.

Apa yang benar-benar kekal bukanlah harta yang kita kumpulkan, bahkan amal yang terus memberi manfaat walaupun setelah kita kembali kepada Allah swt.

Rasulullah saw bersabda: “Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.” (Riwayat Muslim)

Di sinilah keindahan konsep wakaf dan sedekah jariah. Ia bukan sekadar sumbangan biasa, malah satu bentuk amal yang berterusan mengalir pahalanya dari generasi ke generasi.

Dalam masyarakat Islam, asatizah memainkan peranan amat penting.

Mereka bukan sekadar guru agama, bahkan pembimbing masyarakat.

Mereka mengajar anak-anak kita membaca Al-Quran, membimbing pasangan dalam perkahwinan, memberi nasihat ketika kita menghadapi ujian hidup, dan memimpin kita dalam ibadah serta urusan akhir kehidupan seperti pengurusan jenazah.

Namun, sering kali kita terlepas pandang di sebalik khidmat yang besar ini, terdapat keperluan memastikan kelangsungan pembangunan dan kebajikan asatizah.

Masyarakat yang menghargai ilmu perlu memastikan pembawa ilmu ini terus disokong dan diperkasakan.

Di Singapura hari ini, terdapat sekitar 5,000 anggota asatizah yang berkhidmat kepada masyarakat.

Namun, setiap tahun, masyarakat masih memerlukan sekitar 70 anggota asatizah baru bagi memastikan kesinambungan kepimpinan agama dan bimbingan kepada generasi akan datang.

Di sinilah peranan penting Pergas Endowment Legasi Fund (Perlu).

Melalui dana endowmen ini, sumbangan masyarakat bukan sahaja memberi manfaat jangka pendek, malah membina asas kukuh untuk menyokong pembangunan asatizah pada masa hadapan. Ia satu bentuk pelaburan sosial dan rohani yang berpanjangan.

Bayangkan seorang pelajar yang hari ini menerima pendidikan agama hasil sokongan masyarakat.

Suatu hari nanti, beliau mungkin menjadi asatizah yang akan mendidik ribuan lagi anak murid.

Setiap ilmu yang diajarkan, setiap ayat Al-Quran yang dibaca, dan setiap kebaikan yang lahir daripadanya, menjadi satu rangkaian pahala yang berterusan.

Inilah keindahan wakaf, sumbangan kecil hari ini mampu menghasilkan manfaat yang melangkaui generasi dan masa.

Dengan menyokong Pergas Endowment Legasi Fund ini, kita bukan sekadar membantu individu. Kita sebenarnya membantu memastikan kelangsungan ilmu, membina kekuatan masyarakat, dan meninggalkan satu legasi kebaikan untuk generasi akan datang.

Ini kerana apabila kita menyokong asatizah, kita sebenarnya sedang menjamin masa depan ummah.

Penulis merupakan Pengarah Eksekutif di Pergas Investment Holdings.

SEKILAS:

1. Sumbangan wakaf boleh dibuat ke dalam akaun CIMB 2000560073, atau PayNow ke UEN S57SS0012G073.

2. Untuk maklumat lanjut, layari pautan, perlu.pergas.org.sg atau hubungi talian 9100-4251.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg