Pergeraq sambut ulang tahun ke-20, kongsi transformasi dan sumbangan dua dekad

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pergeraq sambut ulang tahun ke-20, kongsi transformasi dan sumbangan dua dekad

Feb 6, 2026 | 5:30 AM

Pergeraq sambut ulang tahun ke-20, kongsi transformasi dan sumbangan dua dekad

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Antara pelajar Kempen Celik Al-Quran (KCQ) di Pergeraq yang tekun dan berdedikasi menimba ilmu Al-Quran.
Antara pelajar Kempen Celik Al-Quran (KCQ) di Pergeraq yang tekun dan berdedikasi menimba ilmu Al-Quran. - Foto PERSATUAN GURU-GURU AL-QURAN (PERGERAQ)

Menjelang Mei 2026, Persatuan Guru-Guru Al-Quran (Pergeraq) bakal menyambut ulang tahun ke-20.

Sempena sambutan itu, sebuah buku bertajuk, Pergeraq – Kisah Dua Dekad, akan dilancarkan.

Buku itu menghimpunkan sejarah, transformasi, dan sumbangan pertubuhan yang bermula sebagai institusi pengajian Al-Quran yang kini berkembang menjadi penggerak pendidikan, dakwah, dan kebajikan masyarakat.

“Sepanjang dua dekad, Pergeraq telah berkembang bukan sahaja dari segi bilangan pelajar, bahkan dari segi pentadbiran dan pengurusan kewangan.

“Usaha pendigitalan yang kami laksanakan, membolehkan pertubuhan beroperasi dengan lebih berkesan dan telus,” kata Setiausaha Pergeraq, Encik Mohammad Hanafiah Tumin.

Sejak 2010, Pergeraq telah memperkenalkan sistem resit digital dan pengurusan sekolah baru, termasuk pendaftaran dalam talian, pemberitahuan berhubung yuran tertunggak, dan pemantauan kehadiran pelajar.

Hasilnya, tunggakan yuran berjaya dikurangkan sebanyak 68 peratus dalam tempoh dua tahun.

Pada 2020, platform derma dalam talian yang mesra pengguna dilancarkan, bagi membolehkan sumbangan dibuat pada bila-bila masa melalui QR PayNow dengan resit automatik dihantar kepada e-mel penyumbang.

Menjelang 2025, ekosistem digital Pergeraq terus berkembang dengan pelbagai sistem baru, termasuk portal keahlian, sistem peperiksaan digital, sistem kehadiran pelajar berasas QR, serta penyepaduan sistem perakaunan awan seperti penggunaan sistem QIROM dan QuickBook bagi laporan kewangan bulanan dalam masa kurang 48 jam.

“Kesemua daya usaha ini bertujuan memastikan ahli dan pelajar kami sentiasa selari dengan perkembangan teknologi,” jelas Encik Hanafiah.

Pergeraq turut menekankan usaha kebajikan.

Pada 2024, sejumlah $6,956 wang zakat diagihkan kepada 80 ahli KCMS asnaf fakir dan miskin, manakala pada 2025 $8,701 diperuntukkan bagi pengagihan semasa Ramadan 1447H.

Bantuan kewangan bulanan antara $100 dengan $200 diberikan kepada tujuh keluarga kurang berkemampuan, manakala subsidi pelajaran $800 sebulan membantu 10 pelajar meneruskan pengajian di Pergeraq.

Kelas Kempen Celik Al-Quran (KCQ) khusus buat pekerja migran Islam secara percuma, mendapat sambutan hangat dengan 75 pelajar mengikuti kelas tersebut di Masjid Sallim Mattar dan pusat Pergeraq sendiri, pada setiap minggu.

Selain itu, Encik Mohammad Hanafiah menambah, pencapaian pelajar KCQ juga amat membanggakan.

Antaranya, dua pelajar dewasa dari Masjid Mujahidin berjaya khatam Al-Quran riwayat Hafs an ’Asim, termasuk seorang pelajar berusia 80 tahun yang kini menuntut riwayat Syu’bah an ’Asim.

“Keberhasilan ini diraih hasil kerjasama seluruh masyarakat. Semoga usaha murni ini terus diberkati Allah swt, dan lebih ramai dapat menikmati keindahan Al-Quran,” tambahnya.

SEKILAS:

1. Pendermaan dan pemindahan bank ke dalam akaun semasa DBS 017-903204-0, WhatsApp untuk resit ke 9030-7057. Tulis nama anda / zakat atau derma.

2. PayNow ke UEN T06SS0040C. Di ruang ‘rujukan’ sila tulis nama anda / zakat atau derma.

3. Untuk pendaftaran atau maklumat lanjut, lungsuri laman web pergeraq.sg, atau e-mel kepada pergeragsgp@gmail.com.

4. Pergeraq terletak di 218E Changi Road, #03-10, PKMS Building, Singapura 419737.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg