Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Perkukuh pembelajaran Islam dan Sains

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perkukuh pembelajaran Islam dan Sains

Madrasah Al-Arabiah gabung tenaga dengan Darul Tafsir, Masjid Al-Khair, demi pertingkat kurikulum terbaik
Mar 29, 2024 | 05:30 AM



ROSLAN SUIP

Memahami kepentingan konsep saintifik dalam Al-Quran, Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) telah bekerjasama dengan pihak lain demi membina pelajar yang kekal berjaya.

Pada awal Januari 2024, MAI dan Darul Tafsir, Masjid Al-Khair, telah secara rasmi menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk melaksanakan kurikulum ‘Islam dan Sains’.

Kesedaran akan kepentingan mendalami konsep-konsep saintifik yang disulami dengan tadabbur Al-Quran telah membuka jalan kepada kerjasama antara Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah dengan Masjid Al-Khair. Jalinan kerjasama ini menyaksikan usaha kedua-dua pihak dalam mereka sebuah program yang sesuai mengikut pemahaman dan peringkat usia pelajar.


Program ini juga merupakan lanjutan daripada usaha madrasah sejak tahun 2015 untuk menghubungkan Islam dengan sains dalam penghayatan pelajar madrasah. Beberapa kegiatan telah dijalankan termasuk ‘Tea with Scientist’ dengan pakar sains Muslim dijemput berkongsi tentang pengalaman mereka sambil menjamu teh bersama pelajar. Kegiatan lain termasuk pameran tentang saintis Muslim dahulu dan sekarang, serta bengkel kajian bertemakan air selepas peperiksaan. Dalam bengkel tersebut, kepentingan air dikaji, masalah fiqh dan fatwa yang berkaitan dengan air serta air Newater diketengahkan. Pelajar juga diajar membuat alat penentu arah kiblat dengan menggunakan cahaya matahari.

Guru-guru Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah dan asatizah daripada Jabatan Darul Tafsir Masjid Al-Khair telah menggembleng tenaga dengan menghasilkan rancangan pengajaran dan skema penilaian bagi program ini.

Program ini melibatkan pelajar menengah satu hingga tiga. Guru-guru Sains Madrasah Al-Arabiah akan menyampaikan pelajaran selama satu jam setiap dua minggu. Dengan menggunakan pendekatan pedagogi yang merangsang minda melalui media dan perbincangan, diharapkan agar pelajar dapat memahami, menghargai, dan menghayati ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan sains.

Kerjasama ini juga bertujuan:

Pertama: Memahamkan pelajar akan tanda-tanda kebesaran Allah melalui fenomena-fenomena alam.

Kedua: Menggalakkan pelajar supaya meninjau sesuatu dengan mendalam, berfikir secara rasional, menimbangkan sesuatu secara kritikal, dan merenung akan kerapian semula jadi ciptaan Allah.

Ketiga: Membangkitkan rasa ingin tahu pelajar untuk meneroka dan membuka hati mereka untuk berfikir dan merenung tentang ciptaan Allah, dengan tujuan mengukuhkan hubungan mereka dengan Allah.

Sebagai penuntut ilmu, sains dan Islam tidak dapat dipisahkan. Ini tercermin sebagaimana yang disebutkan dalam ayat 191 Surah Ali Imran:

“(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), ‘Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami daripada azab neraka’.”

Dengan ini, MAI berharap pelajar-pelajar ini dapat mencerminkan ciri-ciri gemilang dan terus menerapkan kepentingan Islam dan sains dalam kehidupan harian mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila lungsuri laman, www.mai.edu.sg

* Penulis merupakan Guru Kanan, Pembelajaran Islam dan Sains di Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >