Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perlu 150 relawan kutip derma melalui tabung masjid

Acara kutipan derma bakal berlangsung 6 September 2024
Aug 18, 2024 | 5:30 AM
Pengerusi Masjid Alkaff Kampung Melayu, Encik  Mohamed Faizul Othman (berbaju hijau) mengawasi tempat sukarelawan mengambil tabung masjid pada acara tahun 2023 lalu.
Pengerusi Masjid Alkaff Kampung Melayu, Encik  Mohamed Faizul Othman (berbaju hijau) mengawasi tempat sukarelawan mengambil tabung masjid pada acara tahun 2023 lalu. - Foto MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Masjid Alkaff Kampung Melayu memerlukan sukarelawan untuk membantu projek Pengumpulan Dana Fizikal (Flag Day) pada hari Jumaat, 6 September 2024, bagi masjid yang terletak di Bedok Reservoir ini.

Ia memerlukan kira-kira 150 sukarelawan bagi acara kutipan ini. Ini adalah tahun kedua masjid ini diberi peluang oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk mengadakan kutipan tabung di masjid-masjid seluruh Singapura.

Pada tahun 2023 lalu, dengan kerjasama rakan-rakan di masjid dan jemaah, ia telah mencapai sasaran kutipan.

“Kami berharap tahun ini dapat menarik sokongan pelajar dan belia untuk mengorbankan masa dan tenaga mereka bagi memegang tabung kami, memandangkan 6 September tahun 2024 ini jatuh pada cuti sekolah penggal ketiga,” kata Pengurus Masjid Alkaff Kampung Melayu, Ustaz Mohammad Taufiq Mohamed Ismail.

Beliau menambah bahawa sokongan sukarelawan sangat diperlukan kerana dengan adanya sukarelawan yang memegang tabung, jemaah biasanya akan lebih terdorong untuk menderma.

“Bagi mereka yang berminat mahu menyokong usaha ini, sila daftar melalui pautan atau dengan mengimbas kod QR kami,” jelasnya dengan positif.

Para sukarelawan perlu melaporkan diri di Masjid Alkaff Kampung Melayu pada 10 pagi hari tersebut untuk sesi taklimat ringkas sebelum dibawa ke masjid-masjid seluruh Singapura oleh sukarelawan daripada Perpaduan Amal dan Ibadah, atau PADI, yang terdiri daripada pemandu teksi serta perkhidmatan Grab, Tada dan Gojek.

Dengan menggunakan kenderaan mereka, pemandu PADI akan mengambil dan menghantar sukarelawan ke masjid-masjid serata Singapura bagi memudahkan pergerakan tabung ke destinasi yang ditentukan.

Kutipan tabung ini bertujuan menambah Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu. Kerja peningkatan ini termasuk pembinaan lif untuk memudahkan jemaah, khususnya kaum Muslimah dan warga emas, naik ke tingkat dua dan tiga masjid ini.

“Kami juga merancang membina laluan tanjakan, atau ramp, bagi memudahkan mereka yang kurang upaya atau berkerusi roda ke dewan solat utama, serta penambahan ruang solat di masjid ini,” tambah Ustaz Mohammad Taufiq.

Cara menderma bagi Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu

1. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 581-608668-001/ Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di ruang ‘Rujukan’ serta e-mel screenshot, atau tangkapan layar, transaksi kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg

2. Kirimkan cek atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’, nama, alamat dan nombor telefon di bahagian belakang cek dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

3. PayNow ke UEN: S94MQ0017D. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di ruang ‘Rujukan’.

4. Langsung ke pejabat masjid dari hari Isnin hingga Khamis, 2 petang hingga 6 petang.

5. Lungsuri pautan: https://t.ly/-CkQR

* Sila hubungi masjid di talian 6242-7244 untuk keterangan lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg