Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perlu pastikan pekerja ubah hala, peroleh kemahiran tepat, gerak maju

Jul 18, 2025 | 7:45 PM
Encik Ng Chee Meng, NTUC, sektor penerbangan
Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, berkata permintaan bagi karyawan sektor penerbangan juga akan meningkat apabila Terminal 5, Lapangan Terbang Changi dibuka pada pertengahan 2030-an. - Foto fail

Tenaga kerja dalam sektor penerbangan Singapura sedang menjalani perubahan besar susulan kemunculan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan automasi. 

Justeru, inisiatif seperti projek Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) bersama syarikat pengendali lapangan terbang dan katerer, Sats, dan SIA Engineering Company telah mereka bentuk semula peranan pekerjaan serta laluan kerjaya lebih baik dalam bidang kargo, perkhidmatan penumpang dan urusan ‘apron’.

‘Apron’ adalah kawasan berpermukaan keras di terminal khusus untuk meletakkan pesawat dan kegunaan memunggah dan memuatkan barang.

Demikian dikongsi Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, dalam satu hantaran Facebook pada 18 Julai.

“Kami mesti memastikan tenaga kerja kami, sama ada karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) matang atau lulusan baru, dilengkapi dengan kemahiran betul untuk berkembang maju.

“Pekerjaan yang baik mesti kekal menjadi keutamaan apabila industri penerbangan berubah dan Singapura mengukuhkan kedudukannya sebagai hab udara sejagat terkemuka,” kata Encik Ng.

Memberi contoh, Encik Ng berkongsi kerjasama antara CTC, NTUC dengan Sats membolehkan penyelesaian perintis menggunakan AI untuk meningkatkan aspek Insani, Proses dan Teknologi dalam perniagaan mereka.

“Perubahan ini membawa kepada peranan kerja yang direka bentuk semula dalam bidang kargo, perkhidmatan penumpang dan urusan ‘apron’, mewujudkan pekerjaan yang baik dan laluan kerjaya baru bagi pekerja kami,” ujarnya.

Di samping itu, beliau turut menambah bahawa permintaan bagi karyawan sektor penerbangan juga akan meningkat apabila Terminal 5, Lapangan Terbang Changi, dibuka pada pertengahan 2030-an.

“NTUC dan Kelompok Aeroangkasa dan Penerbangan (A&A) kesatuan sekerja kami akan terus memperjuangkan kepentingan pekerja, bekerjasama dengan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan pihak berkepentingan industri untuk mengukuhkan masyarakat OneAviation – apabila gaji, kebajikan dan prospek kerja lebih baik bukan sekadar matlamat, tetapi kenyataan,” ujar Encik Ng.

Terdahulu, Sats telah meningkatkan usia persaraan kepada 64 tahun dan usia pengambilan bekerja semula kepada 69 tahun bagi pekerja mereka yang berpangkalan di ibu pejabat Singapura.

Encik Ng dilaporkan berkata langkah Sats itu memberikan pekerja warga senja “kepastian dan sokongan lebih tinggi”, sekiranya golongan tersebut ingin terus kekal bekerja.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg