Permintaan kemahiran berkaitan AI naik lebih seganda dari 2022 hingga 2025

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Permintaan kemahiran berkaitan AI naik lebih seganda dari 2022 hingga 2025

David Neo: Perlu bantu pekerja perkukuh kemahiran yang hanya boleh dilakukan manusia
Jan 27, 2026 | 3:32 PM

Permintaan kemahiran berkaitan AI naik lebih seganda dari 2022 hingga 2025

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
ekonomi, kemahiran AI, David Neo, SkillsFuture Singapura
Menteri Negara Kanan (Pendidikan), Encik David Neo, berucap di Persidangan Latihan dan Pendidikan Dewasa SkillsFuture Singapura, yang diadakan di Sands Expo and Convention Centre pada 27 Januari. - Foto ST

Permintaan bagi kemahiran yang berkaitan kecerdasan buatan (AI) telah meningkat lebih seganda merentasi pelbagai sektor di Singapura dari 2022 hingga 2025, didorong oleh pertumbuhan pesat dalam permintaan terhadap kemahiran AI generatif.

Ini merupakan antara dapatan daripada analisis terkini kemahiran pekerjaan oleh SkillsFuture Singapura (SSG), kata Menteri Negara Kanan (Pendidikan), Encik David Neo, pada 27 Januari.

Satu lagi kajian SSG yang melibatkan 2,000 peranan pekerjaan mendapati bahawa alat AI kini boleh mengautomasikan hampir satu perempat daripada tugasan kerja, katanya, sambil menekankan keperluan untuk membantu semua pekerja belajar menggunakan AI, serta belajar melangkaui AI.

“Ini bermakna memperkukuh kemahiran seperti pemikiran kritikal dan membuat keputusan, serta kemahiran lain yang hanya boleh dilakukan oleh manusia,” kata Encik Neo, yang berucap pada Persidangan Latihan dan Pendidikan Dewasa SSG 2026 di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands.

Kira-kira 450 pemimpin industri, penyedia latihan, karyawan sumber manusia, pendidik dan penggubal dasar menghadiri acara tahunan itu.

SSG berkata dalam satu kenyataan bahawa pihaknya telah mula mengkaji trend mengenai kesan alat AI terhadap tugasan kerja, di samping menjalankan tinjauan pasaran tenaga kerja secara berkala. Agensi itu telah menjalankan dua kajian perintis bagi memahami potensi AI dalam pekerjaan dan tugasan.

Kajian pertama menganalisis sekitar 37,000 tugasan kerja utama merentasi 2,000 peranan pekerjaan dalam 38 sektor yang memetakan peranan pekerjaan dan kemahiran yang diperlukan merentasi industri di Singapura. 

Ia mendapati kira-kira 24 peratus, atau hampir satu perempat daripada tugasan, kini boleh dibantu dengan ketara melalui penggunaan AI.

Ini membuka peluang untuk meningkatkan produktiviti kerja merentasi banyak industri melalui penggunaan alat AI, kata SSG.

Kajian itu juga mendapati bahawa tugas yang lebih sukar untuk diautomasi dan lebih berkekalan, yang melibatkan pembuatan keputusan, pengurusan diri dan ketangkasan pembelajaran, akan menjadi lebih dihargai apabila proses menjadi automatik, tambah agensi itu.

SSG turut menerbitkan papan pemuka baru bertajuk ‘AI Potential on Tasks’ di Portal Pekerjaan-Kemahiran (Jobs-Skills Portal) miliknya yang menunjukkan potensi AI untuk mengautomasikan tugasan merentasi peranan pekerjaan. 

Matlamatnya adalah untuk membolehkan keputusan yang lebih termaklum dalam pembangunan latihan, reka bentuk semula pekerjaan dan perancangan tenaga kerja, kata agensi itu.

Kajian perintis kedua meneliti enam sektor – perakaunan, pembinaan, perkhidmatan kewangan, teknologi, runcit dan pelancongan – dengan menganalisis cara kemahiran dipelajari di tempat kerja dan kemahiran utama yang diperlukan untuk peranan pekerjaan peringkat kemasukan.

Peranan tersebut dikelompokkan kepada tiga jenis.

‘Pembina penguasaan’ seperti eksekutif perakaunan, adalah peranan yang melibatkan peningkatan kepakaran secara berperingkat.

SSG menyatakan apabila AI mengautomasikan tugas asas, pekerja peringkat permulaan mungkin kurang peluang untuk mempelajari dan menguasai kemahiran asas yang penting untuk perkembangan kerjaya mereka.

‘Pakar analitikal’ seperti rakan niaga e-dagang, memperoleh kebanyakan kemahiran pada peringkat awal kerjaya, dengan pembelajaran berperingkat selepas itu.

SSG berkata dengan sokongan AI dalam analisis, lebih banyak fokus diberikan kepada pertimbangan dan tafsiran.

‘Penghubung manusia’ seperti eksekutif khidmat pelanggan, merupakan peranan yang memerlukan kemahiran interaksi peribadi.

Walaupun AI boleh memperkemas tugasan rutin, pembinaan hubungan kekal penting, kata SSG.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg