Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perniagaan digalak teroka peluang pelaburan di S’pura, Poland

Presiden Tharman Shanmugaratnam bertemu Presiden Poland, Encik Andrzej Duda, ketika lawatannya ke Singapura pada 12 Jun
Jun 12, 2025 | 6:43 PM
Presiden Tharman Shanmugaratnam (kanan) bertemu Presiden Poland, Encik Andrzej Duda, ketika lawatannya ke Parlimen pada 12 Jun. Kededuanya berbincang mengenai pelbagai isu antaranya menggalakkan perniagaan untuk meneroka peluang pelaburan di kededua negara. 
Presiden Tharman Shanmugaratnam (kanan) bertemu Presiden Poland, Encik Andrzej Duda, ketika lawatannya ke Parlimen pada 12 Jun. Kededuanya berbincang mengenai pelbagai isu antaranya menggalakkan perniagaan untuk meneroka peluang pelaburan di kededua negara.  - Foto ST

Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Presiden Poland, Encik Andrzej Duda, menggalakkan perniagaan untuk meneroka peluang pelaburan di kededua negara.

Dalam kenyataannya pada 12 Jun, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata kedua-dua presiden turut membincangkan mengenai perkembangan geopolitik dan keselamatan sejagat.

“Presiden Tharman dan Presiden Duda membincangkan mengenai potensi pertumbuhan yang besar dalam hubungan antara Singapura dengan Poland, terutama dalam pembangunan pelabuhan dan logistik, serta eksport agrimakanan ke Singapura serta tenaga lestari, perdagangan digital, penyelidikan dan pembangunan serta pendidikan,” ujar kenyataan tersebut.

Pertemuan kededuanya diadakan di Parlimen pada petang 12 Jun, di mana Encik Duda menerima sambutan penuh istiadat.

Presiden Poland, Encik Andrzej Duda (kiri), menerima sambutan istiadat ketika bertemu Presiden Tharman Shanmugaratnam, di Parlimen pada petang 12 Jun.
Presiden Poland, Encik Andrzej Duda (kiri), menerima sambutan istiadat ketika bertemu Presiden Tharman Shanmugaratnam, di Parlimen pada petang 12 Jun. - Foto ST

Encik Duda, yang ditemani Wanita Pertama Poland, Cik Agata Kornhauser-Duda, turut melawat Kebun Orkid Negara, dan satu hibrid anggerik baru, Genus Andrzej dan Agata Duda, telah dinamakan sempena nama mereka.

Tuan Presiden turut menganjurkan jamuan negara bagi menghormati Encik Duda malam itu.

Ini merupakan lawatan pertamanya ke sini sejak memegang jawatan itu pada 2015.

Penggal kedua lima tahun beliau sebagai presiden akan berakhir pada Ogos 2025 dan jawatan itu bakal disandang oleh Encik Karol Nawrocki.

Presiden Poland, Encik Andrzej Duda (kanan), dan Wanita Pertama Poland, Cik Agata Kornhauser-Duda, melawat Kebun Orkid Negara pada 12 Jun. Satu hibrid anggerik baru, ‘Genus Andrzej’ dan ‘Agata Duda’, telah dinamakan sempena mereka.
Presiden Poland, Encik Andrzej Duda (kanan), dan Wanita Pertama Poland, Cik Agata Kornhauser-Duda, melawat Kebun Orkid Negara pada 12 Jun. Satu hibrid anggerik baru, ‘Genus Andrzej’ dan ‘Agata Duda’, telah dinamakan sempena mereka. - Foto ZAOBAO
Hibrid orkid baru, ‘Genus Andrzej’ dan ‘Agata Duda’, telah dinamakan sempena Presiden Poland, Encik Andrzej Duda (kiri), dan Wanita Pertama Poland, Cik Agata Kornhauser-Duda (tengah).
Hibrid orkid baru, ‘Genus Andrzej’ dan ‘Agata Duda’, telah dinamakan sempena Presiden Poland, Encik Andrzej Duda (kiri), dan Wanita Pertama Poland, Cik Agata Kornhauser-Duda (tengah). - Foto ZAOBAO

Lawatan Encik Duda ke Singapura menguatkan kembali hubungan erat serta semakin berkembang antara Singapura dengan Poland, kata kenyataan MFA pada 11 Jun.

Presiden Poland itu akan bertemu dengan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong pada 13 Jun.

Encik Duda turut dijadual menghadiri Forum Perniagaan Singapura-Poland anjuran bersama Kedutaan Republik Poland, Agensi Pelaburan dan Perdagangan Poland serta Persekutuan Perniagaan Singapura.

Lawatan beliau adalah yang terkini dalam siri lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua negara. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg