Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Poland lawat S’pura 11-13 Jun

Jun 11, 2025 | 7:09 PM
Poland, Singapura, presiden, lawatan
Presiden Poland, Encik Andrzej Duda, akan membuat lawatan pertama ke Singapura semenjak memegang jawatan presiden sejak 2015. - Foto AFP

Presiden Poland, Encik Andrzej Duda, akan mengadakan kunjungan negara selama tiga hari ke Singapura dari 11 hingga 13 Jun.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke Singapura sejak memegang jawatan presiden pada 2015.

Penggal lima tahun kedua beliau sebagai Presiden akan tamat pada Ogos 2025.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 11 Jun, lawatan itu mengukuhkan lagi hubungan yang kian mesra antara Singapura dengan Poland.

Encik Duda, 53 tahun, disambut dengan istiadat rasmi di Bangunan Parlimen pada 12 Jun.

Beliau akan bertemu Presiden Tharman Shanmugaratnam, yang juga akan menjadi tuan rumah bagi satu jamuan negara, jelas MFA.

Encik Duda yang akan ditemani oleh Wanita Pertama Poland, Cik Agata Kornhauser-Duda, dan pegawai kanan pemerintah, dijadual bertemu Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 13 Jun.

Pada 13 Jun juga, beliau akan menghadiri Forum Perniagaan Singapura-Poland anjuran bersama oleh Kedutaan Republik Poland, Agensi Pelaburan dan Perdagangan Poland serta Persekutuan Perniagaan Singapura.

Lawatan beliau adalah yang terkini dalam siri lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua negara.

Pada 2017, Presiden ketika itu, Dr Tony Tan, telah mengadakan lawatan negara pertama Singapura ke Poland dan bertemu dengan Encik Duda.

Poland merupakan rakan dagangan ke-13 terbesar Singapura dalam Kesatuan Eropah (EU).

Jumlah dagangan barangan dua hala pada 2024 mencecah $1.7 bilion.

Terdapat juga kira-kira 160 syarikat Poland yang beroperasi di Singapura.

Presiden baru Poland dijangka memegang jawatan pada awal Ogos, selepas sejarawan, Encik Karol Nawrocki, memenangi Pilihan Raya Presiden Poland pada 2 Jun.

Encik Nawrocki memperolehi 50.89 peratus undi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg