Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Persatuan Ain sertai acara jalan kaki global papar sokongan buat pesakit barah

Jan 11, 2026 | 4:45 PM
Penasihat perubatan Persatuan Ain, Profesor Fatimah Lateef, mengibarkan bendera sebagai tanda bermulanya acara berjalan kaki World Cancer Walk 2026 di kawasan Haig Walk Extension dekat Haig Road pada 11 Januari.
Penasihat perubatan Persatuan Ain, Profesor Fatimah Lateef, mengibarkan bendera sebagai tanda bermulanya acara berjalan kaki World Cancer Walk 2026 di kawasan Haig Walk Extension dekat Haig Road pada 11 Januari. - Foto PERSATUAN AIN

Sekitar 100 orang, termasuk klien, kakitangan dan sukarelawan Persatuan Ain, mengambil bahagian dalam satu acara berjalan kaki pada 11 Januari sebagai usaha memaparkan sokongan kepada pesakit barah dan keluarga mereka.

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada acara tahunan global World Cancer Walk 2026 – yang diadakan buat kali keenam – iaitu kegiatan berjalan kaki secara berganti-ganti di seluruh dunia selama 24 jam, dengan ia menyatukan peserta dari lebih 250 bandar.

Setiap bandar menganjurkan acara berjalan kaki selama sejam, mewujudkan rantaian solidariti dan sokongan berterusan yang merangkumi semua zon waktu.

Di Singapura, acara berjalan kaki itu diadakan di kawasan Haig Walk Extension dekat Haig Road dari 9.30 hingga 10.30 pagi.

Persatuan Ain dalam kenyataannya pada 11 Januari berkata melalui acara tersebut, klien dan kakitangan Persatuan Ain mengesahkan ikrar mereka untuk menunjukkan perpaduan bersama pesakit barah, mereka yang telah berjaya atasi penyakit itu dan keluarga mereka.

Ini di samping menyumbang kepada gerakan seluruh dunia itu yang menggalak sifat belas ihsan dan mengambil berat antara satu sama lain.

Acara berjalan kaki itu turut disertai mantan Anggota Parlimen (AP), Profesor Fatimah Lateef, yang merupakan penasihat perubatan Persatuan Ain.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Ain, Dr Md Yusof Ismail, berkata acara itu membawa makna yang mendalam bagi mereka dan orang yang disayangi.

“Walaupun acara ini tidak terbuka kepada orang ramai, kami bersyukur kerana terdapat sukarelawan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang menyertai kami.

“Bersama-sama, kami bukan hanya berjalan dalam solidariti, namun juga dalam semangat kemanusiaan bersama bahawa tiada siapa yang menghadapi barah seorang diri,” kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg