Topik diikuti
Pergi ke BHkuPersatuan Belia Bedok bantu orang kurang upaya yang juga penjaga utama keluarga
Persatuan Belia Bedok bantu orang kurang upaya yang juga penjaga utama keluarga
Persatuan Belia Bedok bantu orang kurang upaya yang juga penjaga utama keluarga
Dalam realiti hidup, ada orang kurang upaya yang bukan memerlukan sokongan saja, malah turut menjadi penjaga utama ahli keluarga yang juga sakit.
Persatuan Belia Bedok untuk Insan Kurang Upaya (BYSD) amat peka akan hakikat ini, lantas beriltizam menjaga kebajikan mereka dan menyalurkan sokongan yang diperlukan.
Antara individu sedemikian ialah Cik Nur Hidayah Dolmat, 33 tahun.
Beliau, yang kurang daya pendengaran, bekerja di kantin sekolah untuk mencari rezeki.
Pendapatannya bukan bagi menampung kos rawatan dan alat bantuan pendengarannya, malah menyara bapa dan ibu saudaranya.
Mengimbas liku hidupnya, Cik Nur Hidayah berkongsi: “Saya pernah terpaksa berhenti kerja sepenuh masa demi menjaga arwah ibu yang memerlukan rawatan dialisis air setiap hari.
“Bapa saya diserang angin ahmar pada 2018. Untuk menampung keperluan keluarga, saya bekerja sambilan sebagai pekerja pembersihan.
“Dalam kesibukan itu, saya sentiasa menantikan peluang menyertai program anjuran BYSD apabila ada masa lapang.”
Ibu Cik Nur Hidayah meninggal dunia pada 2019.
Kini, Cik Nur Hidayah masih teguh memikul tanggungjawab sebagai penjaga bapanya dan ibu saudara yang memerlukan rawatan dialisis darah tiga kali seminggu di hospital.
Menghadapi pelbagai dugaan, kekuatan Cik Nur Hidayah berakar umbi daripada kasih sayang mendalam terhadap keluarga. Baginya, keluarga adalah segala-galanya.
Beliau bertekad menjaga bapa dan ibu saudaranya sebaik mungkin, sentiasa berusaha kekal kuat, berfikiran positif, dan menjalani kehidupan dengan penuh semangat.
SEKILAS
Bagi menyokong BYSD, sila ikuti langkah berikut:
– Untuk pertanyaan, hubungi BYSD di talian 6246-1421 atau WhatsApp ke 9757-7950.
– Layari pautan, www.bysd.sg untuk hulurkan sumbangan. Penderma boleh menderma melalui PayNow atau perbankan Internet.
– Kunjungi pejabat BYSD di Blok 10, Chai Chee Road, #01-05, Singapura 467010. Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat: 10 pagi hingga 5 petang. Sabtu: 10 pagi hingga 12.30 tengah hari.
– Setiap sumbangan kepada projek BYSD, seperti projek ‘Korban dan Badal Haji’, akan disalurkan bagi manfaat lebih ramai penerima bantuan.
