Persatuan Belia Bedok mohon sokongan usaha inklusif misi umrah 2027 untuk golongan OKU

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Persatuan Belia Bedok mohon sokongan usaha inklusif misi umrah 2027 untuk golongan OKU

Mar 13, 2026 | 5:30 AM

Persatuan Belia Bedok mohon sokongan usaha inklusif misi umrah 2027 untuk golongan OKU

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
bysd
Ahli wanita Persatuan Belia Bedok Untuk Insan Kurang Upaya (BYSD) yang berkerusi roda dan menggunakan tongkat khas untuk penglihatan, bersama sukarelawan BYSD di Masjidil Nabawi pada Januari 2025. - Foto BYSD

Menghulurkan derma demi menyokong golongan orang kurang upaya (OKU) menunaikan ibadah umrah adalah satu amalan mulia. Seperti orang biasa, golongan OKU juga mempunyai hasrat dan impian mahu menjejakkan kaki ke tanah suci.

Menurut jurucakap Persatuan Belia Bedok Untuk Insan Kurang Upaya (BYSD), badan itu merancang membawa 10 warga OKU untuk menunaikan ibadah umrah pada 2027.

Golongan itu akan diiringi lima sukarelawan yang akan menyokong dan membantu mereka sepanjang perjalanan tersebut.

BYSD juga memastikan keperluan khas penerima manfaat dipenuhi, termasuk mereka yang mempunyai pelbagai ketidakupayaan seperti pengguna kerusi roda, individu kurang daya penglihatan, dan mereka yang mempunyai cabaran intelektual.

Salah seorang daripada mereka yang pernah mengikuti BYSD Umrah 2025 ialah Cik Fadiah Aman, 59 tahun.

Beliau yang mengalami masalah kurang daya penglihatan, berkata:

“Saya amat bersyukur kerana ini kali pertama saya menunaikan umrah. Saya juga berasa gembira kerana dipilih untuk menunaikan umrah bersama BYSD.

“Saya sungguh teruja untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Nabawi sebelum ke Makkah. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penderma kerana menjadikan perjalanan umrah inklusif ini satu kenyataan buat kami.”

Bagi merealisasikan projek murni ini, BYSD telah memulakan Inisiatif Pengumpulan Dana Umrah sejak Januari 2026 lalu.

Salah satu inisiatif mengumpul dana yang diketengahkan ialah program ‘Donation Can’, atau menabung di rumah dengan Tabung Umrah BYSD. Penderma digalakkan mengambil satu tabung bagi memudahkan mereka membuat sumbangan setiap pagi atau melalui sedekah subuh.

Semua tabung derma perlu dipulangkan ke pejabat BYSD sebelum 30 Oktober 2026. BYSD berharap usaha bersama masyarakat akan membantu mencapai sasaran pengumpulan dana bagi menampung kos umrah inklusif ini.

BYSD juga merancang menganjurkan ‘Umrah Fundraising Walk’, atau Jalan Amal Dana Umrah, pada Jun dan November 2026 ini.

Program itu bertujuan memberi peluang kepada warga OKU untuk meningkatkan tahap kesihatan sebagai persediaan perjalanan umrah, di samping membuka peluang kepada orang ramai menyertai dan menyumbangkan derma kepada dana amal umrah itu.

Pada masa sama, BYSD juga mengalu-alukan penderma agar menunaikan zakat harta. Ini bagi memastikan program BYSD dalam menyokong golongan OKU dapat diteruskan. BYSD menyokong empat golongan asnaf iaitu fakir, miskin, fisabilillah dan amil.

Derma kepada BYSD:

1. Untuk pertanyaan, sila hubungi BYSD di 6246-1421 atau WhatsApp ke talian 9757-7950.

2. Layari www.bysd.sg untuk hulurkan sumbangan anda. Penderma boleh menderma melalui PayNow atau perbankan Internet.

3. Kunjungi pejabat BYSD di Blok 10 Chai Chee Road #01-05 Singapura 467010. Waktu operasi dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang; Sabtu 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.

4. Orang ramai dan penderma juga dialu-alukan mendapatkan tabung-tabung tersebut di pejabat BYSD di alamat tertera.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg