Persatuan Belia Bedok tawar program Al-Quran Braille untuk golongan kurang daya penglihatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Persatuan Belia Bedok tawar program Al-Quran Braille untuk golongan kurang daya penglihatan

Feb 27, 2026 | 5:30 AM

Persatuan Belia Bedok tawar program Al-Quran Braille untuk golongan kurang daya penglihatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
PERSATUAN BELIA BEDOK UNTUK INSAN KURANG UPAYA (BYSD)
Pengajian Al-Quran Braille dalam kelas mingguan anjuran Persatuan Belia Bedok untuk Insan Kurang Upaya (BYSD) di Masjid Al-Istighfar. (Dari kiri) Ustazah Siti Nur Izzati Mohd Noh, Cik Fadiah Aman, Cik Nuraziana Mohd Said, dan Cik Siti Rossaliza Rosli. - Foto PERSATUAN BELIA BEDOK UNTUK INSAN KURANG UPAYA (BYSD)

Membaca Al-Quran amat digalakkan bagi umat Islam.

Ini kerana ia merupakan ibadah yang memberi pahala dan menenangkan hati.

Al-Quran diturunkan sebagai panduan untuk difahami, dihafal, dan diamalkan demi keselamatan dunia dan akhirat serta syafaat pada hari kiamat.

Bagi umat Islam dengan penglihatan normal, pasti tiada masalah membaca Al-Quran.

Namun, bagi golongan kurang daya penglihatan, sudah pasti menghadapi kesukaran.

Oleh itu, Persatuan Belia Bedok untuk Insan Kurang Upaya (BYSD) menawarkan Program Al-Quran Braille BYSD mingguan kepada 15 benefisiari dengan masalah penglihatan.

Salah seorang yang memperoleh manfaat daripada program itu ialah Cik Nuraziana Mohd Said, 42 tahun.

Beliau menghidap glaukoma sejak berusia sembilan tahun, yang menjejas 95 peratus penglihatannya.

Sebelum ini, beliau mempelajari Al-Quran Braille secara sendiri dan menyertai Program Al-Quran Braille BYSD pada 2024.

Cik Nuraziana pernah mewakili BYSD dalam Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran Braille di Kuala Lumpur dari 4 hingga 7 Disember 2025.

Beliau berjaya meraih tempat kedua bagi Kategori Murottal (Wanita). Ini merupakan penyertaan pertama beliau dalam pertandingan seumpama itu.

“Saya tidak menjangka memenangi sebarang hadiah. Sebab niat utama saya hanyalah untuk menambah ilmu Al-Quran Braille, dan memperbaiki bacaan Al-Quran, serta belajar daripada peserta lain di Malaysia,” katanya.

BYSD menjadi ruang tepat untuk Cik Nuraziana mempelajari Al-Quran Braille mengikut rentak serta keperluan dan jadualnya.

Dedikasi asatizah Al-Quran Braille juga antara faktor penting dalam perjalanan pembelajarannya.

Asatizah Al-Quran Braille BYSD, Ustazah Siti Nur Qurratu’ain Mohd Noh, 27 tahun, berkata:

“Setiap individu berhak mempelajari Al-Quran tanpa mengira keadaan apa pun.

“Kita seharusnya bersikap inklusif dan tidak mengabaikan keperluan mereka yang mempunyai keperluan khas.

“Malah, kita perlu memberikan peluang sama rata kepada mereka untuk mempelajari Al-Quran dengan kaedah yang bersesuaian.”

Permintaan kelas Al-Quran Braille yang mudah diakses kini semakin meningkat.

Oleh itu, BYSD kini merancang mengadakan sesi pengenalan kepada asatizah yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang Al-Quran Braille.

Kursus yang lebih terperinci dan mendalam juga sedang dirangka bagi mereka yang berminat mengajar Al-Quran Braille.

Kursus tersebut dijangka dijalankan pada 2026.

Derma kepada BYSD dengan cara berikut:

1. Untuk pertanyaan tentang kursus dan maklumat lanjut, sila hubungi BYSD di talian 6246-1421 atau WhatsApp ke talian 9757-7950.

2. Layari laman web, www.bysd.sg untuk menghulurkan sumbangan anda. Penderma boleh menderma melalui PayNow atau perbankan Internet.

3.Kunjungi pejabat BYSD di Blok 10, Chai Chee Road, #01-05, Singapura 467010. Waktu operasi dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang; Sabtu, 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg