Persatuan galak perkukuh amal ibadah, utamakan kebajikan ummah sempena Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Persatuan galak perkukuh amal ibadah, utamakan kebajikan ummah sempena Ramadan

Jan 24, 2026 | 5:30 AM

Persatuan galak perkukuh amal ibadah, utamakan kebajikan ummah sempena Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman, Ramadan 2025
Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman (kiri), turut ‘turun padang’ membantu golongan yang memerlukan semasa Ramadan 2025. - Foto PERSATUAN MUHAMMADIYAH

Ramadan bakal menjelang. Hadirnya amat dinanti-nantikan. Bulan penuh berkat dan rahmat dengan pahala dilipatgandakan.

Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman, berkata:

“Ramadan mengingatkan kita, kebahagiaan sebenar tidak terletak pada apa yang kita miliki, malah pada sejauh mana kita sanggup berkongsi dan peduli terhadap orang lain.

“Atas semangat inilah, Muhammadiyah sentiasa berusaha memastikan setiap anggota masyarakat Islam di Singapura tidak terpinggir, malah dapat merasai rahmat, sokongan dan kekuatan sebuah masyarakat yang saling memelihara.”

Beliau menambah:

“Ramadan adalah madrasah kehidupan yang membentuk keinsafan rohani dan tanggungjawab sosial secara seimbang. Ia mendidik kita supaya memperbanyakkan ibadah, sambil menterjemahkan keimanan kita melalui tindakan nyata kepada kesejahteraan masyarakat.

“Setiap zakat, infak dan sumbangan yang disalurkan bukan sekadar bantuan, bahkan merupakan amanah yang kita jalankan untuk meringankan beban golongan memerlukan dan memperkukuh semangat kebersamaan kita sebagai umat Islam.”

Persatuan Muhammadiyah kini sedang rancak bersiap untuk menyambut ketibaan Ramadan 1447H. Pelbagai program ibadah, kebajikan dan pendidikan sedang diatur sepanjang bulan mulia ini.

Menyingkap Ramadan 2025, Persatuan Muhammadiyah, berjaya menyalurkan bantuan zakat kepada 700 keluarga berpendapatan rendah. Bantuan ini telah menolong meringankan beban dan kos perbelanjaan dalam menyambut bulan Ramadan.

Selain itu, juadah berbuka puasa berjaya diagihkan kepada 350 keluarga yang kurang berkemampuan pada setiap minggu. Ini dilakukan bagi memastikan tiada keluarga di sini berbuka puasa dalam serba kekurangan.

Sepanjang tahun 2025 juga, seramai lebih daripada 600 sukarelawan telah tampil menyumbangkan tenaga dan masa mereka. Ini mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan masyarakat Islam setempat.

Sumbangan masyarakat Islam telah membolehkan Persatuan Muhammadiyah meneruskan bantuan kebajikan bukan sahaja pada bulan Ramadan, malah sepanjang tahun. Ini termasuklah sumbangan kewangan kepada warga emas, keluarga yang memerlukan, pelajar dan golongan rentan.

Persatuan Muhammadiyah berjaya melaksanakan program keagamaan dan tarbiah masyarakat, seperti kelas pengajian Islam, tadarus Al-Quran dan bimbingan agama. Program-program ini telah dimanfaatkan oleh pelbagai lapisan masyarakat Islam sepanjang tahun 2025.

Usaha Persatuan Muhammadiyah berjaya memperkukuh institusi keluarga dan belia melalui acara ‘Grand Family & Youth Summit 2025’. Acara ini menghimpunkan keluarga dan generasi muda untuk memperkukuh nilai keimanan dan tanggungjawab sosial.

Pada Aidiladha 2025, Persatuan Muhammadiyah telah melaksanakan ibadah korban di dalam dan luar negara. Pengagihan daging korban dijalankan bukan hanya kepada golongan yang memerlukan di Singapura malah kepada masyarakat yang terjejas akibat peperangan, termasuk di Palestin, sebagai tanda solidariti kemanusiaan.

Persatuan Muhammadiyah akur bahawa segala pencapaian ini terhasil daripada kepercayaan dan sokongan berterusan daripada masyarakat Islam Singapura, yang telah bersama-sama menjadikan ibadah sebagai satu bentuk khidmat kepada ummah.

Menjelang Ramadan 1447H, Persatuan Muhammadiyah kekal komited dengan meneruskan khidmat kebajikan, pendidikan dan dakwah. Masyarakat Islam juga diseru agar sekali lagi menunaikan zakat dan infak di Persatuan Muhammadiyah, di samping beramal ibadah bersama sepanjang Ramadan.

SEKILAS I

 Masyarakat Islam berpeluang menyalurkan zakat dan sedekah, terutama menjelang hampirnya Ramadan.

 Muhammadiyah juga akan mengagihkan juadah berbuka puasa kepada sekurang-kurangnya 100 keluarga yang memerlukan setiap minggu.

SEKILAS II

Jika anda ingin menderma, caranya:

 Untuk khidmat kutipan dari rumah: Hubungi talian 6242-7388.

 PayNow: Imbas kod QR yang disediakan.

Sumbangan melalui dalam talian:

 Untuk Projek Wahdah:  muhammadiyah.org.sg/wahdah

 Untuk zakat, sedekah:  https://muhammadiyah.org.sg/donate/

Setiap sumbangan, besar ataupun kecil, pasti menyokong misi bersama yang lebih besar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg