Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Persatuan pekerja, organisasi diajak beri sokongan M³@Bandar

Mar 21, 2024 | 9:40 PM
Dr Maliki Osman (tiga dari kanan) memberi habuan kepada mereka yang hadir pada acara Buka Bersama M³ di Kelab Masyarakat Kolam Ayer pada 21 Mac 2024.
Dr Maliki Osman (tiga dari kanan) memberi habuan kepada mereka yang hadir pada acara Buka Bersama M³ di Kelab Masyarakat Kolam Ayer pada 21 Mac 2024. - Foto BH oleh NUR FATHIN AWALLUDIN

Seramai 100 wakil daripada persatuan pekerja, organisasi awam dan swasta telah berbuka puasa bersama dalam majlis berbuka puasa anjuran Pejabat Penyelarasan Penglibatan Masyarakat (ECO) M³ pada 21 Mac.

Acara tersebut, Buka Bersama M³, bertujuan menghubungkan kakitangan daripada pelbagai persatuan pekerja dan organisasi demi menyediakan mereka dengan peluang sukarelawan sebagai relawan organisasi (organisational volunteers).

Inisiatif mendapatkan lebih ramai relawan organisasi itu melibatkan kerjasama dengan pertubuhan berbeza untuk mengenal pasti kakitangan yang berminat menjadi sukarelawan seperti dalam Projek Dian - usaha M³ yang bertujuan memperkukuh sokongan bagi keluarga Melayu/Islam yang tinggal di flat sewa.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Penasihat kepada Program M³, Dr Mohamad Maliki Osman, yang hadir pada acara buka puasa tersebut menekankan kepentingan menyokong usaha kesukarelawanan pada peringkat organisasi.

“Kami berharap ini akan membantu anda membentuk satu budaya baru dalam pertubuhan-pertubuhan anda - budaya memberi dan budaya mengasihani,” kata Dr Maliki.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg