Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Persediaan ruang tunggu bagi hantar makanan, barangan dikaji

LTA, URA perkenal kit peralatan jadikan pembangunan privet lebih mesra semasa penghantaran
May 8, 2025 | 4:52 PM
Singapore, Singapura, LTA, URA, waiting bay, ruang menunggu, private devolopment, pembangunan privet, delivery rider, pekerja penghantar
Lebih banyak inisiatif akan diperkenalkan pada 2025 untuk mempermudah proses penghantaran makanan dan bungkusan. - Foto ST

Pihak berkuasa sedang menjalankan kajian terhadap kebolehlaksanaan mewajibkan penyediaan ruang menunggu bagi penghantaran makanan dan bungkusan di pembangunan privet baru, menurut satu kenyataan pada 8 Mei.

Buat masa ini, pelekat lantai akan disediakan kepada bangunan kediaman dan komersial sedia ada untuk menandakan tempat menunggu penghantaran, sebagai sebahagian daripada kit peralatan.

Menurut Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, di Facebook, ini “akan membantu penghantar membuat penghantaran dengan lebih mudah dan selamat”, lapor The Straits Times.

Wakil pembangunan yang ingin mendapatkan kit peralatan itu boleh mendaftar di go.gov.sg/deliverytoolkit.

Kit itu adalah antara inisiatif yang diperkenalkan pada 2025 untuk menjadikan pembangunan privet lebih mesra terhadap penghantaran.

Demikian menurut kenyataan bersama oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Kededua agensi itu menerajui Kumpulan Kerja Tiga Pihak untuk Penghantaran Jarak Terakhir yang ditubuhkan pada November 2023 bagi meningkatkan kecekapan penghantaran, mempertingkat keselamatan pekerja wadah e-dagang, dan mengurangkan gangguan kepada orang ramai semasa proses penghantaran dan pengambilan barangan.

Agensi pemerintah, kesatuan sekerja, pembangunan kediaman dan pejabat serta persatuan industri turut menyertai kumpulan kerja itu.

LTA dan URA berkata ramai penghantar menghadapi kesukaran kerana tiada ruang menunggu yang sesuai di pembangunan privet.

Oleh itu, mereka sedang mengkaji cara untuk menggalakkan pembangunan privet menyediakan ruang itu.

Pada 2025, satu panduan akan dilancarkan bagi mengumpul dan mengusulkan amalan terbaik bagi memudahkan penghantaran di kawasan pembangunan privet. 

Hasil daripada sesi libat urus bersama lebih 80 wakil pembangunan privet, para peserta menyuarakan keperluan panduan yang lebih jelas untuk memudahkan pelaksanaan ruang menunggu bagi penghantaran.

Pada Mei 2025, satu panduan dalam talian untuk membantu penghantar akan dimuat naik di laman web LTA.

Ia juga akan dikongsi kepada para penghantar melalui saluran Persatuan Industri Platform Digital dan Persatuan Pekerja Penghantaran Nasional.

Panduan tersebut akan mengandungi maklumat seperti panduan membeli dan menjaga alat mobiliti, cara mengecas dan menyimpan peranti dengan selamat serta panduan tunggangan dan meletak kenderaan yang selamat.

Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, menyatakan di Facebook:

“Kami akan terus mencari cara untuk menambah baik penghantaran supaya para penghantar boleh bekerja dengan selamat dan pengguna menerima makanan dan bungkusan mereka dengan mudah.”

Kumpulan kerja telah mengadakan tinjauan, sesi perbincangan, dan lawatan ke tapak untuk memahami isu penghantaran dan mencadangkan huraian terbaik. 

Sebagai langkah meningkatkan kesedaran, pameran telah diadakan di pusat beli-belah utama dan kawasan kejiranan.

Inisiatif lain termasuk tempoh percuma 15 minit di tempat letak kereta Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan URA serta skim meletak kereta bulanan pada kadar konsesi untuk penunggang motosikal penghantaran.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg