Topik diikuti
Pergi ke BHkuPersembahan NDP 2026 imbau sejarah maritim, nostalgia TV
‘Babak 3: Go Beyond Our Size’ mengimbau sejarah dan hubungan maritim Singapura sebagai negara kecil yang berjaya meluaskan pengaruhnya ke persada dunia. Persembahan itu disokong oleh kumpulan pemuzik NADA, pemain dram dan sekitar 700 peserta. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 9, 2026 | 8:45 PM
Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP 2026) menampilkan segmen persembahan yang dibahagikan kepada enam babak, berteraskan tema ‘Majulah Singapura, Go Beyond!’, yang disertai lebih 2,600 peserta persembahan dan 36 artis.
Ia membawa mesej bahawa dengan keberanian, daya tahan dan semangat kebersamaan, rakyat Singapura mampu terus melangkah maju dan mencipta masa depan bersama.
‘Babak 4: Go Beyond Time’ menampilkan nostalgia rancangan televisyen, muzik dan kempen yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan Singapura sejak 1965. Ia termasuk adegan ‘Aksi Mat Yoyo’, yang menampilkan unsur nostalgia budaya televisyen Melayu. - Foto BH oleh ADAM MIFZAL FAIZAL
Perenang paralimpik negara, Moza Alyka Baihakki (tiga dari kiri), antara 61 atlet dan jurulatih yang tampil dalam ‘Babak 6: Go Beyond, Together’. Babak penutup itu mengetengahkan semangat masyarakat sukan Singapura sebagai cerminan dorongan untuk terus melangkah lebih jauh, bersama-sama sebagai satu negara. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Penggiat seni dan budaya, Asnida Daud, mempersembahkan lagu ‘Aok Diko’ dalam dialek Orang Laut bagi ‘Babak 3: Go Beyond Our Size’. Lagu tersebut mengetengahkan identiti dan rasa kebersamaan masyarakat pesisir serta hubungan Singapura dengan laut. - Foto BH oleh FANDY RAZAK
Setiap babak mengetengahkan perjalanan rakyat Singapura dalam melangkaui pelbagai cabaran dan batasan, melalui kisah sumbangan individu, warisan, nostalgia serta kejayaan negara.
Penyanyi tempatan, Jasmine Sokko, muncul dalam ‘Babak 5: Go Beyond Our Limits’. Beliau mempersembahkan lagu, ‘You’ll Be Okay’, sambil diturunkan dari udara, diiringi dua akrobat udara dan 300 dron dalam pertunjukan dron dalaman pertama NDP. - Foto BH oleh ADAM MIFZAL FAIZAL
Najip Ali (berkaca mata) mempersembahkan lagu ‘Ren-tak Oonik’, iaitu lagu ikonik yang sinonim dengan beliau sejak era 1990-an. Lagu itu dipersembahkan sebagai sebahagian daripada ‘Babak 4: Go Beyond Time’, yang mengimbau nostalgia televisyen dan budaya pop Singapura. - Foto BH oleh FANDY RAZAK
Shiok Sistas muncul dalam ‘Babak 2: Go Beyond the Ordinary’. Ia menampilkan Aidli Mosbit (tengah), yang meraikan budaya popular dan kehidupan harian Singapura, termasuk membawakan medley, ‘Singapore Town – Tapau’, bersama unsur nostalgia daripada lagu tempatan. - Foto BH oleh FANDY RAZAK
Personaliti tempatan, Hafidz Rahman (dua dari kanan), antara lima pengacara yang berganding bahu menghangatkan suasana dan menghiburkan 42,000 penonton di Stadium Negara serta penonton menerusi kaca televisyen pada 9 Ogos. Bersama beliau ialah (dari kiri) Joakim Gomez, Xixi Lim, Udaya Soundari dan Gurmit Singh. - Foto BH oleh FANDY RAZAK
Iman Fandi muncul dalam ‘Babak 6: Go Beyond, Together’, iaitu babak penutup persembahan. Beliau mendendangkan lagu ‘Giants’ bersama The People’s Choir. - Foto BH oleh ADAM MIFZAL FAIZAL
Bakat cilik, Elijah Hendriawan (tengah), diberi penghormatan untuk memulakan nyanyian lagu kebangsaan, Majulah Singapura, dalam segmen penutup persembahan NDP. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Penulis buku kanak-kanak dwibahasa, Far’ain Jaafar, merupakan antara 34 rakyat Singapura yang kisah mereka diketengahkan menerusi Perarakan Rakyat dalam ‘Babak 2: Go Beyond The Ordinary’. Perarakan tersebut meraikan rakyat Singapura yang menyumbang kepada negara dan mencerminkan semangat ‘Go Beyond!’. - Foto BH oleh FANDY RAZAK
SPH Media ialah rakan kongsi utama untuk Perbarisan Hari Kebangsaan 2026.
Laporan berkaitan
NDP 2026 satukan keluarga tiga generasi atas pentasAug 9, 2026 | 5:30 AM
Imbau detik ikonik sambutan NDP di Stadium Negara rentas dekadAug 7, 2026 | 2:22 PM
