Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Persiapan korban giat dijalankan, hidupkan syiar

Jun 8, 2024 | 4:57 PM
Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen menyatakan banyak pilihan dan peluang bagi masyarakat Islam untuk melaksanakan ibadah korban.
Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen menyatakan banyak pilihan dan peluang bagi masyarakat Islam untuk melaksanakan ibadah korban. - Foto BM oleh KHALID BABA

Persiapan sedang giat dijalankan bagi musim korban dengan banyak pilihan dan peluang bagi masyarakat Islam melaksanakan ibadah tersebut, kata Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen. 

Dalam satu hantaran di Facebook pada 8 Jun, Encik Kadir berkata beliau bersyukur bahawa syiar Islam itu masih hidup dan berkembang maju di Singapura.   

“Seorang sohibul korban (orang yang melaksana korban) boleh memilih melakukan korban di luar negara, sama ada yang disediakan oleh SalamSG Korban atau oleh badan dan pertubuhan bukan pemerintah (NGO) lain. 

“Mereka juga boleh memilih melakukan korban di Singapura degan pilihan yang disediakan oleh entiti privet, tertakluk kepada peraturan tempatan seperti yang ditentukan oleh agensi relevan seperti Lembaga Taman Negara (NParks) dan Agensi Makanan Singapura (SFA),” kata Encik Kadir.   

Encik Kadir turut berkongsi bahawa jemaah haji 2024 telah memulakan perjalanan mereka sejak awal Jun dan kumpulan terakhir jemaah haji akan berlepas pada 10 Jun. 

Beliau mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji dan mendoakan mereka mendapat haji yang mabrur. 

Rombongan pertama Singapura telah berangkat untuk menunaikan ibadah haji pada 3 Jun. Seramai 109 anggota jemaah yang merangkumi 31 orang daripada Noor Mohamad Services & Travel, dan seramai 78 orang daripada Halijah Travels telah berangkat dari Lapangan Terbang Singapura pada hari itu. 

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan) ialah Ketua Rombongan Haji bagi 2024.

Encik Kadir juga mengingatkan semua umat Islam Singapura agar menyambut bulan Zulhijah dengan menghayati semangat ihsan dan bersatu padu.

“Sama-samalah kita menyambut bulan Zulhijah dengan menghayati semangat ihsan dan bersatu padu sambil kita menghulurkan kebaikan kepada satu sama lain pada bulan yang mulia ini. Semoga Allah swt menerima ibadah, sumbangan dan niat murni kita,” kata beliau.

Pada 7 Jun,  Mufti Ustaz Dr Nazirudin Mohd Nasir, telah mengumumkan bahawa masyarakat Islam di Singapura bakal menyambut Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg