Topik diikuti
Pergi ke BHkuPertandingan sepak takraw jaya kumpul $7,500 bagi sokong pesakit barah di S’pura
Pertandingan sepak takraw jaya kumpul $7,500 bagi sokong pesakit barah di S’pura
Sebanyak $7,500 telah berjaya dikumpulkan bagi menyokong pesakit barah di Singapura melalui acara pertandingan sepak takraw, Piala Othman Wok, pada 1 November di Anjung @ Wisma Geylang Serai.
Pertandingan tersebut dianjurkan SPOrT Cancer Project bagi meningkatkan kesedaran mengenai penyakit barah dalam kalangan masyarakat.
Pada masa yang sama, dana yang terkumpul juga akan disalurkan kepada Persatuan Ain bagi usaha menyokong pesakit barah serta keluarga mereka.
Sebanyak 30 pasukan yang merangkumi 150 peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan Piala Othman Wok 2026.
Acara itu turut dihadiri Cik Lily Othman, anak kepada mantan Menteri Ehwal Sosial, Allahyarham Othman Wok, sebagai tetamu kehormat; serta Dr Md Yusof Ismail selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Ain.
Bagi edisi 2026, terdapat dua lagi acara sukan iaitu acara berbasikal, ‘Cycle for a Cause’, yang diadakan pada 13 September; dan acara pertandingan futsal, ‘Cikgu Sies Senan Charity Futsal Cup’, yang bakal diadakan pada 17 Januari 2027.
Jumlah keseluruhan yang telah terkumpul daripada ketiga-tiga acara itu setakat ini mencecah $22,492.