Pertapis pastikan penerima zakat cukup makan, dibantu secara holistik

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pertapis pastikan penerima zakat cukup makan, dibantu secara holistik

Bukan sekadar bantuan kewangan, badan sediakan jagaan tekal, beri ketenteraman dan kemantapan pada waktu sukar
Feb 20, 2026 | 5:30 AM

Pertapis pastikan penerima zakat cukup makan, dibantu secara holistik

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
pertapis, bantuan zakat
Pengagihan barangan pra-Ramadan oleh Pertapis bagi golongan berpendapatan rendah pada 2025 di Wisma Geylang Serai (WGS). Ia merupakan sebahagian usaha Pertapis untuk meringankan beban mereka yang memerlukan dan memastikan semua lapisan masyarakat dapat menyambut Ramadan dengan lebih bermakna. - Foto PERTAPIS

Dengan lebih 55 tahun pengalaman berkhidmat untuk masyarakat, Pertapis memahami bahawa bantuan bermakna perlu melebihi sekadar pertolongan jangka pendek.

Maka itu, ia mengambil pendekatan menyeluruh.

Selain bantuan kebendaan, Pertapis turut menyokong benefisiarinya secara emosi dan sosial dengan memupuk rasa kekitaan.

Pertapis dapat melaksanakan bantuan menyeluruh melalui sumbangan zakat yang diterimanya.

Antara benefisiari dana zakat yang ditadbir oleh Pertapis ialah keluarga Cik Noorlela Abd Hamid, daripada Program & Jangkauan Komuniti.

Cik Noorlela menerima baucar makanan bulanan, yang membantu meringankan kos harian beliau menyara keluarga besarnya.

“Ada kalanya kami perlu mencatu. Kami mengutamakan elaun sekolah anak-anak, makanan dan barang dapur. Kami juga mengutamakan anak bongsu, susu dan lampinnya.

“Apa sahaja duit yang tinggal itulah yang kami gunakan untuk perbelanjaan lain,” kongsi ibu lapan anak itu yang berusia antara 18 tahun dengan lapan bulan.

Suami Cik Noorlela merupakan pencari nafkah utama keluarganya dan mencari rezeki sebagai pembantu penghantaran sejak lebih tiga tahun lalu.

Seorang anaknya, Muhammad Wan Aqil, empat tahun, didiagnosis menghidap autisme Tahap 3 dan mempunyai sejarah sawan.

Tiga hari seminggu, Cik Noorlela membawa Aqil ke sesi terapi bagi memastikan dia mendapat sokongan yang diperlukannya.

Kanak-kanak spektrum autisme Tahap 3 memerlukan lebih banyak perhatian dan penjagaan.

Aqil menghadiri terapi di Serving People with Disabilities (SPD), sebuah badan amal tempatan yang membantu individu kurang upaya pada semua peringkat umur memaksimumkan potensi mereka dan menyepadukan mereka ke dalam masyarakat arus perdana.

Cik Noorlela berkata: “Sekolah ini mengajarnya untuk berdikari dan menyesuaikan diri dalam masyarakat. Selepas menghantarnya ke SPD, saya melihat banyak perubahan dalam dirinya.”

Anak-anaknya yang lain turut membantu menyokong Aqil kerana mereka tahu Aqil berbeza sedikit daripada mereka namun mempunyai perasaan seperti manusia lain.

Cik Noorlela berazam melihat anak-anaknya berjaya dan menyumbang kembali kepada masyarakat.

“Apa yang kami terima daripada masyarakat, kami cuba memberikannya kembali.

“Saya tahu apa itu kesusahan, dan saya tahu bagaimana rasanya kelaparan. Itulah sebabnya kami hanya mengambil apa yang kami perlukan,” ujar beliau, yang berterima kasih atas bantuan daripada pembayar zakat, yang meringankan kepayahan beliau suami isteri.

Bagi keluarga seperti Cik Noorlela, Pertapis menyediakan lebih daripada sekadar bantuan kewangan. Badan itu turut menyediakan penjagaan secara tekal, ketenteraman, dan kemantapan pada waktu sukar.

Melalui bantuan makanan bulanan, Pertapis membantu memastikan keperluan asas isi rumah mereka dipenuhi, sekali gus membolehkan keluarga itu memberi tumpuan pada kesejahteraan anak-anak mereka tanpa perlu risau kekurangan makanan.

Para benefisiari turut dijemput ke majlis iftar Ramadan tahunan, apabila mereka berbuka puasa bersama dalam persekitaran mesra dan bersifat terangkum.

Semasa perayaan seperti Hari Raya, keluarga benefisiari menerima hadiah yang membantu mereka meraikannya dengan penuh kegembiraan, sama seperti keluarga lain.

Selain sokongan berasaskan masyarakat, Pertapis turut menyediakan persekitaran selamat dan kondusif di empat rumah kebajikannya – Rumah Kanak-Kanak, Pusat Wanita & Kanak-Kanak Perempuan, Rumah Warga Emas dan Rumah Peralihan.

Rumah-rumah kebajikan itu menyediakan perlindungan, bimbingan dan pemulihan bagi individu pada peringkat kehidupan berbeza, memastikan mereka yang mudah terdedah menerima penjagaan menyeluruh, berstruktur dan penuh belas kasihan.

Dengan bersama-sama benefisiari mengharungi cabaran mereka, Pertapis bukan menyediakan sokongan sahaja, bahkan harapan, galakan dan jaminan bahawa mereka tidak keseorangan.

SOKONG PERTAPIS BANTU KELUARGA SUSAH

Sumbangan dan zakat anda membantu memastikan keluarga memerlukan mempunyai makanan di atas meja, kanak-kanak menerima penjagaan yang mereka perlukan, dan individu di rumah kebajikan badan itu berpeluang membina semula kehidupan mereka secara bermaruah.

Cara menyumbang zakat kepada Pertapis:

– Melalui PayNow: UEN S71SS0014H

– Kunjungi kaunter zakat Pertapis di Kompleks Joo Chiat, #04-1019. Ia dibuka setiap hari sepanjang Ramadan, dari 9 pagi hingga 5 petang

– Khidmat ‘Zakat Connect’ – khidmat kutip zakat di depan pintu anda. Hubungi talian 6745-3969 bagi janji temu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg