Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pertubuhan Melayu/Islam lawat BH

May 7, 2024 | 7:07 PM
Editor Audiens & Perkembangan, Cik Norhaiza Hashim, beri taklimat mengenai usaha transformasi digital Berita Harian (BH) kepada pertubuhan Melayu/Islam.
Editor Audiens & Perkembangan, Cik Norhaiza Hashim, beri taklimat mengenai usaha transformasi digital Berita Harian (BH) kepada pertubuhan Melayu/Islam. - Foto BH oleh KHALID BABA

Beberapa pertubuhan Melayu/Islam (MMO) melawat pejabat Berita Harian (BH) sebagai sebahagian usaha meneroka peluang kerjasama dan menjalin rangkaian dengan pihak media pada 7 Mei.

Semasa lawatan itu, Editor Audiens dan Perkembangan BH, Cik Norhaiza Hashim, turut memberi taklimat dan perkongsian mengenai transformasi akhbar ini.

MMO yang hadir termasuk Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Jamiyah Singapura, Tabung Amal Aidilfitri (TAA) dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPIS, Cik Tuminah Sapawi, lawatan dan perkongsian tersebut amat berguna kerana beliau “mempelajari perubahan yang BH lakukan” termasuk menuju ke “arah digital”, dan ini membantu dalam memahami cara “mendekati para belia dan golongan muda”.

“Kami yakin bahawa dengan perkongsian ini, kerjasama antara kami (PPIS) dengan BH akan semakin bertambah kerana kami percaya bahawa ini akan memanfaatkan kededua belah pihak,” tambah beliau.

Cik Norhaiza juga berkongsi bahawa BH telah melakukan banyak perubahan dalam hal produk sepanjang setahun lalu.

“Yang ingin kami tekankan adalah produk-produk digital kami, seperti video di media sosial, yang dapat menjadi platform baru bagi pengiklan.

“BH menawarkan beragam produk, tidak hanya artikel cetak, tetapi juga iklan di podcast atau video yang boleh ditaja oleh pengiklan,” jelas beliau.

Menurut Cik Norhaiza, lawatan dan rangkaian tersebut menjadi wadah penting untuk mereka “mengetahui perubahan yang berlaku di BH agar mereka dapat memanfaatkan pelbagai wadah baru tersebut”.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg