Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

WACANA

Usaha Rangkaian Pemulihan badan Melayu perangi dadah perlukan sokongan berterusan

PENULIS TAMU
Feb 25, 2024 | 05:30 AM



Salah satu keutamaan Kementerian Dalam Negeri (MHA) adalah mencegah kesalahan dan pengulangan kesalahan. Ini tidak boleh dilakukan oleh pemerintah semata-mata.

Syukurlah, saya melihat ramai rakan kongsi masyarakat tampil menyokong program-program kami. Ini termasuk banyak Pertubuhan Melayu/Islam (MMO) yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam membantu anggota masyarakat kita yang terjejas.

Mereka tidak lokek dengan masa, idea dan sumbangan mereka. Dalam interaksi saya dengan mereka, ramai yang memberitahu saya bahawa mereka sedang mencari lebih banyak peluang untuk berkhidmat dan menyumbang kembali kepada masyarakat.

Atas sebab ini, saya dan rakan sekerja di MHA memutuskan untuk menyatukan MMO.

Kami telah mengadakan Perbincangan Kumpulan Fokus dan Perbincangan Awam untuk meneroka bagaimana kami boleh mencapai lebih banyak lagi secara bersama.

Selepas beberapa pusingan perbincangan, kami telah merasmikan Rangkaian Pemulihan MMO pada November 2021.

Rangkaian ini termasuk agensi-agensi pemerintah, agensi-agensi perkhidmatan sosial, M3@towns (platform sukarelawan yang ditubuhkan oleh Muis, Mendaki dan Mesra untuk memartabatkan masyarakat Melayu/Islam), dan masjid-masjid.


Matlamat kami adalah untuk mengukuhkan usaha-usaha MMO dalam menyediakan sokongan yang terselaras dan holistik kepada pesalah Melayu/Islam, bekas pesalah dan keluarga mereka.

Sejak itu, banyak kemajuan ketara yang berjaya kita capai.

Pada Mei 2023, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah melancarkan pelan kerja pertama rangkaian yang menggariskan apa yang ingin kami capai untuk dua tahun akan datang.

Sebagai rangkaian muda, kami ingin memberi tumpuan pada usaha membina hubungan dan menggalakkan kerjasama dalam kalangan anggota.

Kami juga berusaha untuk membina keupayaan organisasi anggota bagi memastikan kejayaan jangka panjang.

Bulan lalu (Januari), kami telah mengadakan Persidangan Rangkaian Pemulihan MMO yang julung-julung kali diadakan untuk memupuk kerjasama yang lebih erat dalam kalangan pihak berkepentingan kami, memberikan pemahaman yang lebih baik tentang program dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MMO, serta membolehkan para anggota memahami dengan lebih baik keperluan pesalah Melayu/Islam, bekas pesalah dan keluarga mereka.

Ini adalah satu peristiwa penting. Saya menyaksikan bagaimana para pegawai MHA dan rakan-rakan daripada rangkaian MMO saling bekerjasama untuk mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan bermanfaat untuk para peserta. Keakraban mereka mencerminkan sejauh mana jalinan rangkaian ini telah dicapai, dan semangat kerjasama mereka memberi petanda baik untuk masa depan rangkaian tersebut.

Saya ingin mengucapkan terima kasih khas buat Profesor Madya Emeritus Hadijah Rahmat yang merupakan anggota Lembaga Pengelola Pelawat Penjara; Cik Asnida Daud dari Kementerian Pendidikan (MOE); penulis drama, Cik Aidli Mosbit; dan kumpulan sokongan dari Goal Aspiration yang telah menghasilkan pementasan pembukaan, yang menekankan peri pentingnya bersatu sebagai sebuah masyarakat bagi menyokong rakan-rakan kita dalam perjalanan pemulihan mereka. Kita semua sangat kagum dengan persembahan yang menyentuh hati itu!

Persidangan itu juga membolehkan kita membentuk perkongsian baharu. Banyak organisasi di luar rangkaian menyatakan minat untuk menyumbang ke arah tujuan kami, termasuk agensi-agensi Rangkaian CARE dan kumpulan sokongan untuk bekas pesalah.

Saya dan rakan-rakan sekerja komited untuk memperkukuhkan kerjasama ini dan memanfaatkannya sambil kita meningkatkan sokongan untuk para penerima khidmat kami.

Rasa Syukur
dan Penuh Kepercayaan

Masyarakat kita telah mencapai kemajuan yang ketara sepanjang beberapa tahun lalu. Kadar residivisme atau pengulangan kesalahan dua tahun untuk bekas pesalah Melayu telah berkurang daripada 34.7 peratus bagi kohort pembebasan 2011 kepada 26.0 peratus bagi kohort pembebasan 2021.

Bilangan penyalah guna dadah Melayu baharu yang ditangkap juga telah merosot dengan ketara, daripada hampir 500 pada 2013, kepada sekitar 350 pada 2023.

Kejayaan ini didokumenkan dalam kertas kerja yang dikeluarkan MHA pada persidangan itu. Kertas kerja itu juga boleh didapati di laman MHA.

Saya menggalakkan semua yang berminat dengan usaha ini membacanya. Saya pasti ia akan memberi inspirasi kepada anda dan memberi anda semangat baharu untuk meneruskan usaha yang berfaedah ini.

Masih banyak cabaran yang menanti di hadapan kita.

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-undang, Encik K Shanmugam, telah berkongsi dalam ucapan perasmiannya pada persidangan itu. Ini termasuk menangani kadar residivisme lima tahun, memerangi penyalahgunaan dadah di tengah-tengah landskap global yang mencabar, dan menangani kesalahan antara generasi.

Ia mungkin kelihatan menakutkan, tetapi saya yakin bahawa jika kita bekerjasama sebagai sebuah Rangkaian Pemulihan MMO yang bersatu padu, kita akan dapat menghadapi cabaran ini secara berterusan.

Jika anda ingin tampil dan menyumbang kepada usaha mencegah kesalahan dan kesalahan semula, rakan sekerja saya dan saya sendiri amat gembira untuk mendengar daripada anda dan melibatkan anda.

Tidak kira umur, pekerjaan atau latar belakang, anda boleh memainkan peranan.

Saya yakin anda akan mendapat kepuasan dan kebanggaan atas penglibatan anda untuk sama-sama membawa perubahan yang bermakna kepada kehidupan orang lain.

Ini telah memberi semangat kepada saya untuk meneruskan usaha murni ini, dan saya yakin ia akan mendorong anda juga untuk memulakan perjalanan anda.

Marilah kita terus bekerjasama untuk Singapura yang lebih baik untuk semua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >