Perumahan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekitar 3,000 baki flat ditawar pada Jul, yang kedua dalam 2025

Kira-kira 5,400 flat BTO akan dilancar di Bukit Merah, Bukit Panjang, Clementi, Sembawang, Tampines, Toa Payoh dan Woodlands
Apr 1, 2025 | 6:06 PM
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menasihatkan bakal pembeli rumah agar memohon surat Kelayakan Flat HDB selewat-lewatnya pada 15 Mei supaya mereka boleh mengambil bahagian dalam penjualan yang akan datang. 
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menasihatkan bakal pembeli rumah agar memohon surat Kelayakan Flat HDB selewat-lewatnya pada 15 Mei supaya mereka boleh mengambil bahagian dalam penjualan yang akan datang.  - Foto ST

Sekitar 3,000 baki flat akan dijual pada Julai oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), dalam penjualan kedua seumpamanya pada 2025.

Kira-kira 5,400 flat Flat Bina Ikut Tempahan (BTO) juga akan dilancarkan di Bukit Merah, Bukit Panjang, Clementi, Sembawang, Tampines, Toa Payoh dan Woodlands.

Jualan Baki Flat (SBF) kedua akan menjadikan jumlah keseluruhan bekalan flat jenis itu pada 2025 kepada sekitar 8,500 unit.

Ia merupakan jumlah terbesar yang dicatat sejak 2017, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, dalam hantaran di Facebook pada 1 April.

Pada Februari, 5,590 unit SBF dalam pelbagai peringkat penyiapan telah dilancarkan.

Seramai lebih 22,000 pemohon bersaing untuk kira-kira 5,500 flat yang ditawarkan.

SBF biasanya diadakan dua kali setahun, namun mulai 2024, ia hanya diadakan setahun sekali.

HDB menasihatkan bakal pembeli rumah agar memohon surat Kelayakan Flat HDB selewat-lewatnya pada 15 Mei supaya mereka boleh mengambil bahagian dalam penjualan yang akan datang.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Encik Lee berkata, pemerintah melihat tanda-tanda awal penyederhanaan dalam pertumbuhan harga pasaran hartanah perumahan awam dan privet.

menurut anggaran awal, harga flat HDB jualan semula meningkat 1.5 peratus dalam tiga bulan pertama 2025.

Ia turun daripada pertumbuhan harga 2.6 peratus pada suku keempat 2024. 

Bagi menstabilkan lagi pasaran hartanah, Encik Lee berkata, lebih 50,000 flat BTO akan dilancarkan dari 2025 hingga 2027, termasuk sekitar 12,000 flat dengan masa menunggu yang lebih singkat – iaitu kurang dari tiga tahun. 

Pada 2025, HDB akan melancarkan sekitar 19,600 flat, lapor The Straits Times (ST).

Encik Lee berkata bekalan yang terbatas dalam pasaran jualan semula HDB boleh dikaitkan dengan pengurangan jumlah flat yang mencapai Tempoh Penginapan Minimum (MOP), sebahagiannya disebabkan pembinaan yang tergendala dek pandemik Covid-19.

Sekitar 13,500 flat akan mencapai MOP pada 2026, satu peningkatan daripada 8,000 flat pada 2025, ujar Encik Lee.

Pada 2028, jumlah itu akan meningkat kepada 19,500 flat.

“Ini bermakna lebih banyak flat jualan semula akan memasuki pasaran tidak lama lagi dan bekalan yang terbatas akan berkurangan,” tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg