Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pesakit angin ahmar bina keyakinan diri, belajar bersolek

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesakit angin ahmar bina keyakinan diri, belajar bersolek

Feb 01, 2024 | 05:31 PM



Walau dibelenggu serangan angin ahmar pada 2018, Cik Suzilawati Mohamad Rais bersikap optimistik dan tabah menghadapi keadaannya itu.

Semasa baru diserang strok, Cik Suzilawati, 51 tahun, pernah berasa sebal hati.

“Saya terlalu tegas terhadap diri saya sendiri kerana dahulu saya sangat bertenaga.

“Saya berasa seperti seorang yang ‘tidak berguna’ kerana perlu bergantung kepada kerusi roda serta kelihatan sangat hodoh,” kata Cik Suzilawati, yang sudah berkerusi roda selama lebih empat tahun.

Namun pada 2022, beliau menghadiri bengkel komunikasi dan bertemu dengan tenaga pengajar, Cik Violet Chan, yang memberinya inspirasi untuk meraih pelajaran lebih berharga iaitu supaya menyayangi diri sendiri.

Beliau lalu membulatkan tekad untuk berjalan semula.

Dalam tempoh beberapa bulan, beliau mula berjalan dengan bantuan tongkat.

Beliau juga mula menyertai gimnasium yang direka khas dan bersifat terangkum.

Ia mempunyai mesin yang mudah disesuaikan mengikut keperluan pengguna seperti tempat duduk yang boleh ditanggal bagi mereka yang berkerusi roda.

Apabila Cik Suzilawati memberitahu pihak yang mengendalikan Stesen Sokongan Strok (S3) mengenai pertemuannya dengan Cik Chan, S3 yang merupakan badan bukan meraih untung itu mula membincangkan daya usaha baru dengan tenaga pengajar itu.

Maka, tercetuslah idea untuk mewujudkan bengkel solekan khusus untuk pesakit strok wanita.

Diadakan buat julung-julung kali pada 31 Januari, bengkel itu bertujuan membantu mangsa strok membina semula keyakinan melalui penjagaan diri.

Bengkel tersebut dijalankan di pusat S3 di Jurong Point dan dikendalikan Cik Chan, yang merupakan pengasas Style Ateliar, sebuah agensi kejurulatihan.

Sembilan peserta yang berumur 41 hingga 79 tahun mengikuti bengkel tersebut.

Angin ahmar membuat pesakit berasa lemah, lumpuh sebahagian tubuh atau kesukaran koordinasi di tangan, menyebabkan pergerakan tubuh begitu mencabar.

“Menekankan penggunaan tangan yang terjejas semasa bengkel ini menyampaikan mesej positif dan memperkasa mereka dalam menunjukkan bahawa tangan mereka (masih) mempunyai nilai,” kata Cik Ng Rei Na, Pengarah Eksekutif S3.

Antara pilihan lain untuk mangsa strok termasuk menggunakan produk pam dispenser selain menggunakan produk yang mempunyai penutup skru serta produk yang lebih kecil untuk pengendalian yang lebih mudah.


Cik Chan bekerjasama dengan S3 dalam mengendalikan bengkel tersebut di samping memberi keterangan tentang etika makan, analisis warna pakaian, meneroka warna yang sesuai serta usaha dalam mencipta kandungan media sosial.

Kelas tersebut bakal diadakan pada Februari dan Mac dan dibuka kepada semua mangsa strok, lelaki atau wanita, dengan 15 peserta bagi setiap kelas.

Siri kelas seterusnya akan diadakan pada suku ketiga 2024.

“Mereka menganggap kehadiran mereka dalam bengkel ini sebagai sesuatu yang seronok dan mereka mahu melakukan perkara yang baik kepada diri mereka sendiri dan bukan kerana dipaksa,” tambahnya.

Di akhir bengkel dua jam setengah itu, sembilan wanita yang menyertai sesi itu kelihatan girang dapat bergambar dengan hasil solekan mereka.

Cik Suzilawati turut membawa rakan yang ditemuinya di S3 ke gimnasium.

Antaranya ialah Cik Zhang Miaoyi, 36 tahun, seorang suri rumah dengan anak berusia tiga dan lima tahun. Beliau diserang angin ahmar pada 2019.

“Saya beritahunya bahawa kita semua seorang ibu di sini, kita perlu berjuang untuk anak kita dan menjadi lebih baik,” kata Cik Suzilawati.

Cik Zhang, yang menghadiri bengkel solekan pada 31 Januari bersama Cik Suzilawati, berkata:

“Menerusi bengkel ini saya dapati solekan tidak sukar dan meningkatkan keyakinan saya. Pada masa hadapan, saya boleh siapkan solekan ringkas di rumah.”

Cik Ng turut menggalakkan peserta supaya mengamalkan ritual penjagaan diri selama lima minit setiap hari pada waktu pagi atau malam.

“Jika anda menjaga diri anda, anda sembuh daripada unsur lain,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >