Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesawat Scoot dari S’pura ke Wuhan patah balik akibat isu teknikal

Dec 12, 2024 | 4:10 PM
Penerbangan Scoot dari Singapura ke Wuhan, China, terpaksa berpatah balik disebabkan isu teknikal setelah lebih empat jam perjalanan bermula.
Penerbangan Scoot dari Singapura ke Wuhan, China, terpaksa berpatah balik disebabkan isu teknikal setelah lebih empat jam perjalanan bermula. - Foto fail

Penerbangan Scoot dari Singapura yang menuju ke Wuhan, China, pada 10 Disember terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Changi setelah lebih empat jam perjalanan bermula, disebabkan isu teknikal. 

Menurut maklumat daripada laman pengesanan penerbangan, Flightradar24, penerbangan Scoot TR120 telah berlepas dari Singapura pada 7 malam. 

Pesawat tersebut sedang melewati Laut China Selatan apabila ia berpatah balik. Pesawat itu tiba di Singapura sekitar 11.30 malam. 

Jurucakap Scoot, dalam kenyataannya berkata, isu teknikal timbul kira-kira dua setengah jam selepas penerbangan bermula. 

“Untuk menjaga keselamatan (penumpang), keputusan telah diambil untuk (pesawat) kembali ke Singapura.

“TR120 kemudian mendarat di Singapura pada 10 Disember, 11.21 malam,” kata jurucakap Scoot. 

Penumpang telah dipindahkan ke pesawat lain, yang berangkat dari Singapura pada 11 Disember, 2.18 pagi, kata jurucakap Scoot.

Kenyataan itu menambah bahawa penumpang yang terjejas telah diberikan makanan dan minuman. 

Di wadah media sosial Cina, Xiaohongshu, seorang yang mendakwa dirinya sebagai seorang penumpang penerbangan yang terjejas berkata bahawa pesawat itu diarahkan untuk kembali ke Singapura setelah insiden gelas pecah di dalam pesawat.

Scoot bagaimana pun tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg