Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei terima Darjah Utama Bakti Cemerlang

Oct 15, 2024 | 9:14 PM
Presiden Singapura, Encik Tharman Shanmugaratnam (kiri), menyampaikan Darjah Utama Bakti Cemerlang kepada Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan Haji Hambali.
Presiden Singapura, Encik Tharman Shanmugaratnam (kiri), menyampaikan Darjah Utama Bakti Cemerlang kepada Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan Haji Hambali. - Foto SPF

Presiden Tharman Shanmugaratnam telah menyampaikan Darjah Utama Bakti Cemerlang kepada Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan Haji Hambali, di Istana pada 15 Oktober.

Darjah Utama Bakti Cemerlang yang diperkenalkan pada 1968 disampaikan kepada sesiapa yang telah menjalankan amanahnya dengan cemerlang.

Dalam beberapa situasi khas, ia boleh diberikan kepada individu yang melaksanakan amanah di luar Singapura yang dianggap cemerlang dan dapat diiktiraf kerana baktinya.

Dalam satu kenyataan Pasukan Polis Singapura pada 15 Oktober, pihak polis berkata Dato Mohammad Irwan telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei pada 22 Jun 2019.

Di bawah kepimpinannya, hubungan dua hala antara Pasukan Polis Diraja Brunei dan Pasukan Polis Singapura telah diperkukuh, disokong oleh kerjasama erat dalam pembinaan kemampuan dan keupayaan kededua negara. 

Sokongan padu beliau dalam latihan pertukaran bersama, antara pasukan polis dari kededua negara, membantu mengasah kemahiran khusus para pegawai.

Kerjasama erat ini mencerminkan komitmen tinggi Dato Mohammad Irwan dalam mengukuhkan hubungan dua hala antara Brunei dan Singapura lantas seterusnya meningkatkan keselamatan dan keamanan kededua negara.

“Pasukan Polis Singapura dan Pasukan Polis Diraja Brunei menikmati hubungan kerjasama yang telah lama terjalin berdasarkan kepercayaan bersama, dan komitmen yang teguh untuk memerangi jenayah.

“Kami akan terus mengukuhkan kerjasama ini dan memanfaatkan kepakaran gabungan kami untuk melindungi negara kami dengan lebih baik,” kata Pesuruhjaya Polis, Encik Hoong Wee Teck.

Semasa berada di Singapura, Dato Mohammad Irwan juga mengunjungi Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, serta Encik Hoong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg