Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pihak berkuasa siasat kes 24 murid, 2 kakitangan sakit di PCF Sparkletots Mountbatten

Aug 27, 2025 | 7:05 PM
gastroenteritis, PCF, Mountbatten
Meskipun 24 kanak-kanak dan dua kakitangan di prasekolah PCF Sparkletots di Blok 92, Mountbatten, dilaporkan mengalami gejala gastroenteritis sejak 23 Ogos, tiada pelajar dan kakitangan yang terjejas di prasekolah berkenaan dimasukkan ke hospital. - Foto fail

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan selepas 24 kanak-kanak dan dua kakitangan di sebuah prasekolah di Mountbatten dilaporkan mengalami gejala gastroenteritis sejak 23 Ogos.

Gastroenteritis ialah keradangan perut dan usus yang disebabkan oleh virus atau bakteria.

Gejalanya termasuk sakit perut dan muntah.

Menurut Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) dalam satu kenyataan bersama pada 27 Ogos, tiada pelajar dan kakitangan yang terjejas di prasekolah PCF Sparkletots di Blok 92 Mountbatten, dimasukkan ke hospital.

Pihak berkuasa menambah pelajar dan kakitangan yang terjejas telah pulih dan kembali ke prasekolah pada 26 Ogos.

Prasekolah itu menambah mereka sedar tentang insiden tersebut, lapor akhbar The Straits Times (ST).

“Kesihatan dan keselamatan anak-anak kami kekal menjadi keutamaan kami, dan kami sedang menyiasat perkara ini dengan penuh hati-hati,” kata seorang jurucakap prasekolah itu.

Ecda berkata ia sedang memantau keadaan dan bekerjasama dengan pengendali prasekolah berkenaan untuk memastikan kebajikan kanak-kanak terjamin.

Agensi tersebut turut mengingatkan prasekolah itu supaya memastikan mereka patuh pada garis panduan pencegahan dan kawalan jangkitan berkaitan.

Agensi Makanan Singapura (SFA) berkongsi pihaknya bekerjasama dengan Ecda untuk memperkukuh amalan keselamatan di prasekolah, sambil menambah walaupun pihak pengawal selia boleh menetapkan dan menguatkuasakan langkah keselamatan, tanggungjawab tetap terletak pada pengendali makanan untuk mematuhinya.

SFA pula berkata pihaknya bekerjasama dengan Ecda untuk memperkukuh amalan keselamatan makanan di prasekolah.

Ia menambah bahawa walaupun pihak pengawal selia boleh menetapkan dan menguatkuasakan langkah keselamatan, tanggungjawab tetap terletak pada pengendali makanan untuk mematuhinya.

“SFA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengendali makanan yang ingkar,” menurut kenyataan bersama itu.

Pada 2019, 13 prasekolah PCF Sparkletots dan Pusat Penjagaan Pelajar P.L.A.N mengalami wabak gastroenteritis, dengan 259 kes dilaporkan.

Insiden itu dikesan berpunca daripada makanan yang disediakan oleh Kate’s Catering, yang penilaian kebersihannya diturunkan taraf kepada “C”.

Dalam pada itu, seramai 41 orang jatuh sakit selepas berlakunya satu kes keracunan makanan besar di One Raffles Quay pada 30 Julai 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg