Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pihak pendakwa mohon keterangan berkaitan CPIB oleh warga Indonesia digugur

May 27, 2025 | 2:23 PM
Paulus Tannos, ekstradisi, Indonesia, CPIB
Warga Indonesia, Paulus Tannos, yang juga dikenali sebagai Tjhin Thian Po, ditahan di Singapura pada 17 Januari 2025. - Foto TANGKAP LAYAR KPK.GO.ID

Pihak pendakwaan memohon agar sebahagian kandungan afidavit dalam perbicaraan ikat jamin seorang pelarian Indonesia, Paulus Tannos, digugurkan kerana didakwa mengandungi dakwaan terhadap Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Tannos, yang diburu pihak berkuasa Indonesia sejak Oktober 2021 atas dakwaan rasuah, ditahan oleh CPIB pada 17 Januari lalu.

Pada 27 Mei, Timbalan Peguam Negara Kanan, Encik Sivakumar Ramasamy, berkata mahkamah sebelum ini hanya membenarkan afidavit berkaitan rawatan Tannos di Hospital Besar Changi (CGH) dari 2 hingga 9 Mei, lapor The Straits Times (ST).

Namun dua afidavit dikemukakan – satu oleh Tannos dan satu lagi oleh peguam, Encik Paulus Sinatra Wijaya, – mengandungi maklumat yang didakwa melampaui skop yang dibenarkan, termasuk interaksi Tannos dengan pihak berkuasa Indonesia dan CPIB.

Pihak pendakwaan kini memohon agar afidavit tambahan itu dan bahagian tertentu afidavit Tannos sendiri digugurkan dan tidak diambil kira.

Peguam Tannos, Encik Hamza Malik, berkata ini kali pertama pihak pembela dimaklumkan perkara itu dan meminta agar permohonan tersebut didengar pada awal perbicaraan ikat jamin pada 28 Mei.

Pada 27 Mei, Encik Sivakumar memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan memohon untuk mengetepikan sebahagian kandungan afidavit yang dikemukakan oleh Paulus Tannos dalam prosiding jaminan beliau. 

Afidavit tersebut didakwa mengandungi dakwaan terhadap CPIB yang perlu ditangani.

Beliau tidak menyatakan secara khusus dakwaan tersebut. Hakim Daerah Brenda Tan menetapkan 28 Mei untuk mendengar permohonan tersebut.

Paulus Tannos, juga dikenali sebagai Tjhin Thian Po, ditahan di Singapura pada 17 Januari 2025 atas permintaan Indonesia berkaitan skandal rasuah projek Kad pengenalan elektronik pemerintah Indonesia (e-KTP) yang mengakibatkan kerugian sekitar 2.3 trilion rupiah ($180 juta). 

Beliau telah menjadi buruan sejak 2021 dan dipercayai menetap di Singapura sejak 2012.

Pendengaran komital ditetapkan pada 4 Jun ini untuk menentukan sama ada beliau akan diserah kembali ke Indonesia. Tannos enggan memberi persetujuan untuk diperlakukan begitu.

Perjanjian ekstradisi Singapura-Indonesia yang berkuat kuasa pada 21 Mac 2024 membolehkan ekstradisi bagi kesalahan seperti rasuah dan pengubahan wang haram, termasuk yang dilakukan sehingga 18 tahun lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg