Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pikat warga emas dengan program pertukangan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pikat warga emas dengan program pertukangan

Apr 13, 2024 | 04:12 PM



Kebiasaannya, sesi seni dan kraftangan serta kelas senaman adalah antara kegiatan yang ditawarkan di pusat penuaan aktif di Singapura.

Namun, agensi khidmat sosial Montfort Care berharap dapat menarik warga emas dengan kerencaman minat, misalnya dalam bidang pertukangan, media digital dan teater.

Justeru, sebagai sebahagian proses penjenamaan pusat kesejahteraan bertema buat warga emas, Goodlife Studio, yang dikendalikannya, Montfort Care akan menawarkan program dan kegiatan berdasarkan tema berbeza di lima pusat penuaan aktif bagi menarik minat warga emas yang lebih muda dan lebih berpendidikan.

Dua pusat bertema Goodlife Studio sudah pun beroperasi dengan tiga lagi sedang diusahakan.

Studio pertukangan di Bukit Purmei direka untuk warga emas lelaki dan dimulakan pada 2023. Tumpuan studio ini adalah seni pertukangan asas seperti membuat bangku dan rak-rak buku.

Pada Februari lalu pula, studio teh di Bedok yang menjalankan bengkel penghayatan seni menyiapkan teh, antara lain, beroperasi sepenuhnya.

Montfort Care melancarkan Goodlife Studio pada 13 April dengan matlamat mendefinisikan semula kaedah mendekati warga emas dengan khidmat yang lebih berkesan, jelas pengasasnya, Encik Samuel Ng kepada akhbar The Straits Times.


“Warga emas hari ini sangat berbeza daripada warga emas dahulu. Mereka lebih aktif, bergerak pantas ke sana sini dan arif.

“Goodlife Studio menekankan tentang kepentingan bagaimana kita mendekati dan memperkasa warga emas agar menjadi penyumbang aktif kepada masyarakat dan mendefinisikan kisah peribadi mereka menjalani penuaan, menjaga kesihatan dan kesejahteraan hidup,” kata Encik Ng.

Menurut Pengurus Program Jagaan Warga Emas di Montfort Care, Encik Muhammad Afif Arifin pula, pihaknya juga mahu menarik lebih ramai warga emas lelaki ke pusat mereka kerana sekitar 80 peratus peserta merupakan wanita.

“Ada juga golongan pak cik ini yang berkata mereka tidak selesa sebab peserta di studio ini kebanyakannya adalah golongan mak cik. Ada juga lelaki warga emas yang enggan bersembang tetapi mereka mahu lakukan sesuatu yang bermakna dan mempunyai arah tuju,” kata Encik Muhammad Afif.

Tiga lagi pusat bertema dijadualkan dibuka pada 2024.


Pada Mei, sebuah studio media digital akan beroperasi di Tiong Bahru bagi membolehkan warga emas, antara lain, menghasilkan video, menjalankan penstriman ‘live’ dan podcast, lantas dapat menjadi pencipta kandungan.


Pada Ogos, Goodlife Studio di Yishun akan menawarkan bengkel menjaga atau membaiki basikal. Tema ini timbul hasil pengamatan bahawa ramai warga emas tertarik untuk berbasikal khususnya sewaktu pandemik Covid-19.


Pada Oktober pula, teater masyarakat akan dilancarkan di Telok Blangah, di mana teater, seni kesusasteraan dan kegiatan berkaitan seperti menghasilkan kostum dan prop akan diketengahkan.


Selain lima pusat bertema ini, Montfort Care juga mengendalikan dua pusat penuaan aktif berdasarkan model tradisional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >