Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Program baru galak lebih ramai warga emas jadi relawan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program baru galak lebih ramai warga emas jadi relawan

Apr 05, 2024 | 06:45 PM



Sebuah program baru telah dilancar untuk menggalak lebih ramai warga emas menjadi relawan untuk menyokong rakan seusia mereka di Pusat Penuaan Aktif (AAC).

Dengan matlamat mencapai 2,400 sukarelawan menjelang 2028, program nasional oleh Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) itu, yang diberi nama, Silver Guardian, berharap dapat membangunkan kumpulan sukarelawan yang menyokong AAC sedang pusat-pusat itu mengembangkan peranan dan kegiatan mereka dalam masyarakat.


Seramai 400 relawan, Silver Guardian, sudah dilantik.


Sukarelawan warga emas yang mendaftar dalam program baru itu akan dilatih oleh AIC.

Program Silver Guardian dilancarkan oleh Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pada 5 April di AAC Esther Perkhidmatan Masyarakat Presbyterian di Strathmore Avenue dekat Queenstown.


Encik Ong berkata ramai warga emas yang sudah bersara mengalami “rasa kehilangan”.

“Keupayaan kita menyumbang kepada masyarakat dan orang di sekeliling memberikan kita suatu tujuan dan nilai diri, dan berkait rapat dengan kesejahteraan seseorang.

“Kesukarelawanan bukan pengganti sepenuhnya bagi kerja tetapi boleh membantu mengisi kekosongan.

“Melalui kesukarelawanan, warga emas boleh terus memberi kesan bermakna kepada kehidupan orang di sekeliling mereka dan kekal aktif, sihat dan terhubung secara sosial,” ujarnya.

Di bawah program itu, institut pengajian yang dilantik AIC akan menyediakan latihan bagi membantu relawan memahami landskap penjagaan warga emas dengan lebih baik.

Selain itu, mereka akan diajar cara berkomunikasi dan mendekati warga emas dengan berkesan. Latihan sedemikian dapat membangunkan keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan warga emas di AAC.

AIC berkata dengan adanya peluang kesukarelawanan yang luas di AAC, relawan boleh memilih untuk berkhidmat dalam bidang yang sesuai mengikut kemahiran serta minat mereka.

Mereka mempunyai pilihan untuk dilatih dalam kemahiran khas seperti pendampingan masyarakat dan cara membangunkan program penuaan aktif untuk AAC.

Dengan memadankan relawan dengan AAC di lokasi yang mudah diakses, program itu diharap dapat menyatukan masyarakat untuk menyumbang kepada sektor penjagaan warga emas, tambah AIC.

Program Silver Guardian itu dilancar berikutan kejayaan program perintis serupa oleh AIC dari April hingga Disember 2023.


Seramai 200 relawan telah menyumbang kepada program perintis itu. Mereka dikerahkan ke 12 AAC di sini.


Relawan tersebut melakukan kegiatan dan menjalankan program seperti memasak dan kraf untuk warga emas di AAC.


Mereka juga terlibat dalam menjadi mendamping warga emas berisiko pengasingan sosial dan menghubungi warga emas yang tinggal di sekitar kawasan AAC itu untuk menghubungkan mereka dengan AAC.


Ramai relawan itu merupakan warga emas yang berasa gembira dapat berkongsi minat mereka dengan orang lain dan meluangkan masa mereka dengan lebih bermakna, kata AIC.


Isi borang di laman web, www.aic.sg/silver-guardian jika berminat menjadi relawan program, Silver Guardian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >