Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Piyush Gupta dilantik anggota ganti Majlis Penasihat Presiden

Mantan CEO dan Pengarah DBS Group itu dipilih selepas penggal empat tahun pakar kerja sosial, Dr Sudha Nair, tamat pada Jun
Aug 28, 2025 | 4:30 PM
Piyush Gupta, DBS, Penasihat Presiden
Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah DBS Group, Encik Piyush Gupta. - Foto BT

Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah DBS Group, Encik Piyush Gupta, mengangkat sumpah sebagai anggota ganti Majlis Penasihat Presiden (CPA) Singapura, untuk penggal empat tahun, pada 28 Ogos.

Pelantikan itu dibuat selepas penggal empat tahun anggota ganti panel, Dr Sudha Nair, seorang pakar kerja sosial, tamat pada Jun.

Anggota ganti lain dalam CPA bersama Encik Gupta ialah pengerusi Singapore LNG Corporation, Encik Gan Seow Kee.

Anggota ganti berperanan untuk menggantikan anggota, kecuali pengerusi, sekiranya seorang anggota tidak dapat menyertai prosiding majlis atas sebab seperti sakit, ketidakhadiran, atau lain-lain.

Dalam melantik seorang ahli ganti, Presiden akan bertindak atas nasihat Perdana Menteri, yang terlebih dahulu akan meminta pandangan Ketua Hakim serta Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC).

Ini bertepatan dengan Perkara 37C(2)(b) yang dinyatakan dalam Perlembagaan.

CPA dipengerusikan oleh Encik Eddie Teo, yang memegang peranan tersebut sejak Januari 2019 dan juga merupakan Pro-Canselor Universiti Pengurusan Singapura (SMU), lapor The Business Times (BT).

Turut menganggotai panel tersebut ialah:

  1. Mantan Hakim Kanan Mahkamah Agung, Encik Chao Hick Tin;
  2. Pengerusi Lembaga Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS), Encik Tan Chong Meng;
  3. Canselor SMU, Encik Lim Chee Onn;
  4. Mantan CEO Singtel, Cik Chua Sock Koon;
  5. Anggota Lembaga SPH Media, Encik Bahren Shaari;
  6. Pengerusi Bukan Eksekutif DBS Group, Encik Peter Seah; dan
  7. Mantan Pengarah Urusan Ernst & Young Advisory, Cik Mildred Tan.

Encik Gupta memegang banyak peranan lain, termasuk Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah SMU, Pengerusi Lembaga Mandai Park Holdings, dan Timbalan Pengerusi Lembaga Keppel.

Beliau juga merupakan Anggota Lembaga Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) dan anggota Panel Penasihat Ekonomi Masa Depan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

Sebelum ini, beliau pernah menjadi anggota Pasukan Bertindak Bangkit Lebih Kukuh, yang bertujuan merangka masa depan Singapura selepas penularan Covid-19.

Beliau juga pernah terlibat dalam Pasukan Petugas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Pembiayaan Digital untuk Matlamat Pembangunan Mampan PBB, serta Lembaga Institut Kewangan Antarabangsa dan Majlis Penasihat McKinsey.

Pada Mac, beliau secara rasmi menyerahkan tampuk kepimpinan DBS Group kepada CEO kini, Cik Tan Su Shan, selepas berkhidmat di bank itu selama lebih 15 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg